Monday, December 31, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Nurul Izzah Akhirnya Bersuara Berhubung Isu Warkah Tulisan Mujahid

Posted: 30 Dec 2018 06:57 AM PST


Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya membuka mulut berhubung isu warkah dikirimkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Reaksi yang dinantikan semua pihak itu menyusul selepas empat hari Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerima warkah berkenaan.

Menerusi Twitternya, Nurul Izzah menjelaskan surat itu mempunyai niat baik tetapi menegaskan ia amat tidak wajar dan merendah-rendahkan martabatnya.

"Niat yang baik walaupun sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada Dato, bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendahkan-rendahkan diri, sebaiknya kita memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar," kata Nurul Izzah.

Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menulis surat berkenaan menerusi Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.

Dalam warkah itu Mujahid membahaskan dirinya 'kekanda' untuk merujuk kepada dirinya dan 'adinda' untuk merujuk kepada Nurul Izzah.


Sumber: Berita Harian

Ringgit Kekal Sebagai Mata Wang Terbaik Serantau

Posted: 30 Dec 2018 06:51 AM PST


Prestasi ringgit pada 2018 dilihat tidak begitu memberangsangkan khususnya pada separuh kedua tahun ini yang menyaksikan mata wang tempatan mulai menyusut dan seterusnya kembali mencecah ke paras melebihi RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Mata wang tempatan itu pada mulanya menunjukkan kebangkitan awal tahun ini apabila didagangkan di bawah paras RM4.00 buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Mata wang tempatan merekodkan dagangan pada RM3.9975 pada 5 Januari lalu, selepas kali terakhir ringgit diniagakan di bawah RM4.00 adalah pada 29 April 2016 (RM3.9045).

Ringgit memulakan dagangan pada tahun ini tinggi dibuka pada RM4.0195 berbanding dolar AS pada 2 Januari, naik sebanyak hampir 11 peratus berbanding awal 2017 yang didagangkan pada RM4.4900.

Momentum pengukuhan ringgit berterusan sehingga berjaya mencecah paras tertinggi untuk tahun ini pada 2 April lalu, RM3.8620, namun ia tidak bertahan lama apabila kembali ke paras RM4.00 pada 19 Jun lalu.

Malah, ringgit mencecah ke paras terendahnya untuk tahun ini iaitu pada RM4.2010 yang dicatatkan pada 28 November lalu.

Tun Mahathir Mohamad Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia

Posted: 30 Dec 2018 03:13 AM PST


Siapa sangka, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia kini telah dinobatkan sebagai 'Muslim Man of The Year' yang tersenarai di dalam buku The Muslim 500.

Tun Dr Mahathir juga tersenarai di dalam 500 tokoh muslim yang berpengaruh di dunia dan buku ini merupakan edisi terbaru bagi tahun 2019 dan sedang menyambut ulang tahun penerbitan yang ke-10.

Tun Mahathir terpilih selepas menjadi individu yang 'luar biasa' kerana berjaya mencipta sejarah sebagai perdana menteri kedua sekaligus menjadi pemimpin kerajaan tertua di dunia.


"Lelaki yang luar biasa ini mempunyai kerjaya politik dinamik merangkumi 70 tahun dan pada masa yang sama menjadi penulis kepada 17 buah buku yang diterbitkan."

"Sepanjang kepimpinannya, pertama sebagai timbalan dan kemudian Perdana Menteri, menyaksikan ianya bertepatan dengan era pembangunan ekonomi dan sosial yang menakjubkan di negara Malaysia."

"Pada 2003 Mahathir bersara, namun beliau kembali dalam arena politik pada tahun 2006 dengan mengkritik pengganti yang menjadi pilihannya ketika itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi kerana kelemahan dalam aspek ekonomi."

"Kemudian dia menjadi pengkritik bagi kepimpinan Perdana Menteri seterusnya iaitu Najib Razak dan sejak 2015, beliau berulang kali meminta Najib meletakkan jawatan."

"Pada tahun 2017, Mahathir membina parti baru dan menyertai pembangkang di atas tiket Pakatan Harapan. Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib Razak sekaligus mengangkat Mahathir sebagai Perdana Menteri kedua."

"Tidak kurang hebatnya bagi seorang ahli politik berusia 93 tahun dengan rekod dua serangan jantung dan satu pembedahan pintasan mencipta sejarah untuk Malaysia," kata Profesor s Abdullah Schleifer, penulis buku The Muslim 500.

Selain terpilih sebagai 'Man of the Year", Mahathir turut tersenarai di tangga ke 44 dalam 'The Muslim 500'.

Tabung Haji Taja Ibu Bapa Adib Tunai Haji

Posted: 30 Dec 2018 03:05 AM PST


Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, untuk menunaikan ibadat Haji pada musim tahun depan.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof selepas melawat ibu bapa Allahyarham iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 51 di rumah mereka di Kampung Tebengau, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, tawaran itu diberikan buat ibu-bapa Allahyarham melalui kaedah tawaran terpilih sebagai satu penghargaan atas pengorbanan dilakukan anak mereka yang terkorban ketika bertugas, bulan lalu.

"Selepas kami periksa akaun TH milik ibu-bapa arwah, kita mendapati mereka berdaftar pada tahun 2009 dan mempunyai senarai tempoh masa menunggu lagi lima tahun.

"Justeru, kita mahu memberikan penghargaan pada ibu-bapa arwah atas pengorbanan dan apa yang mampu kami buat ialah menawarkan ibadat Haji kepada mereka pada musim 2019, " katanya pada sidang media, di sini.

PDRM Tetap Tidak Bersetuju Untuk Meluluskan Penggunaan Ganja

Posted: 29 Dec 2018 11:56 PM PST


Awal tahun hadapan, Kerajaan Thailand akan membenarkan penggunaan ganja di dalam perubatan dan ia menjadikan Thailand sebagai negara Asia pertama yang membenarkan penggunaan bahan terlarang itu.

 Walaubagaimanapun, Malaysia tetap bertegas untuk menghalang penggunaan ganja ini dan ia dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia, PDRM yang tidak bersetuju dengan langkah meluluskan penggunaan bahan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata perkara sedemikian akan menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.

"Kami juga khuatir dengan kemungkinan lambakan ganja yang akan diseludup masuk ke negara ini dan PDRM tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat oleh kerajaan Thailand.

"Oleh yang demikian, PDRM berusaha meningkatkan kawalan di seluruh sempadan negara supaya tidak berlaku kegiatan penyeludupan ganja termasuk pelbagai jenis dadah lain," katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Separuh Ketinggian Gunung Anak Krakatau Musnah

Posted: 29 Dec 2018 11:56 PM PST


Kini dilaporkan, ketinggian Gunung berapi Anak Krakatau telah musnah dua pertiga dari ketinggian asalnya. ini setelah berlaku beberapa letusan akibat cuaca buruk sehingga menyebabkan berlakunya tsunami di Indonesia yang telah mengorbankan 400 orang minggu lalu.

Sebahagian kawah Anak Krakatau runtuh, selepas letusan dan jatuh ke dalam laut sehingga menjana gelombang tsunami, malam Sabtu minggu lalu.

Analisis visual oleh agensi gunung berapi Indonesia mendapati gunung berapi itu hilang lebih dua pertiga ketinggiannya, menurut seorang pegawai, semalam.

Sebelum ini, ketinggian Anak Krakatau adalah 338 meter, namun kini tingginya susut kepada hanya 110 meter sahaja. Agensi itu menjangkakan gunung berapi itu kehilangan antara 150 hingga 180 juta meter padu.

"Anak Krakatau kini lebih pendek, biasanya kamu boleh nampak puncaknya dari pos pemerhati, kini tidak lagi," kata pegawai kanan agensi itu, Wawan Irawan.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagu Terbaru DSV - Sayang Pulanglah Sayang

Posted: 29 Dec 2018 09:22 PM PST


Setelah sekian lama kita tidak mendengar berita dari jutawan komestik Dato Seri Vida, DSV, kini DSV muncul dengan lagu keduanya iaitu Sayang Pulanglah Sayang.

Video rasmi bagi lagu terbaru DSV ini telah dimasukkan ke You Tube rasmi DSV Entertainment yang turut kelihatan penyanyi rap popular tanah air Cat Farish dan Edie G.

Sedikit kelainan yang kami dapat lihat dari nyanyian DSV kali ini adalah apabila DSV turut mampu melakukan rap pada penghujung video. Jom layan Sayang Pulanglah Sayang.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora di Keluarkan

Posted: 29 Dec 2018 09:22 PM PST


Sehingga hari Khamis ini bersamaan 3 Januari 2018, dijangka akan berlaku angin kencang Timur Laut pada kelajuan 50-60km sejam dan ombak yang mampu mencapai ketinggian 4.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Utara Condore, Utara Reef North dan Utara Palawan.

Ini dinyatakan oleh Jabatan Meterologi Malaysia turut mengatakan, kejadian angin kencang ini turut akan melanda perairan Selatan Condore, Bunguran, Selatan Reef North, Layang-layang, Reef South, Selatan Palawan dan Labuan dalam tempoh yang sama.

Penduduk di perairan Sabah Barat juga perlu berwaspada kerana mereka turut menjangkakan akan berlaku ribut petir dan hujan lebat.

Oleh itu, kepada bot-bot kecil, nelayan, rekreasi laut dan sebarang sukan laut diminta untuk menghentikan dahulu sebarang aktiviti.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.