Bilik Sewa Lelaki @ Rantau Panjang KLang

RM220 sebulan, ada tilam, bantal, parking, bilik air

Bilik Sewa @ Kg Melayu Panchor, Seremban

RM200 sebulan, ada tilam, bantal, parking, bilik air

RumahSewa Semi-D, 3 bilik, 2 bilik air @ Gambang, Kuantan

Dekat #UMP / Waterpark / Sekolah Sukan Mokhtar Dahari

Thursday, January 31, 2019

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Konsert Dewa 19 Diteruskan Walaupun Ahmad Dhani Dipenjara

Posted: 30 Jan 2019 01:28 AM PST

Ikon & Legenda Sukan Antarabangsa Dalam Dokumentari NATIONAL ICONS

Posted: 30 Jan 2019 12:40 AM PST

Menu Autentik Dunia Dalam Program TASTY TALES

Posted: 29 Jan 2019 10:45 PM PST

Drama Bersiri SYAHADAT CINTA Lakonan Aliff Hadi

Posted: 29 Jan 2019 10:03 PM PST

Drama AURORA AISYAH Temukan Syafie Naswip & Mawar Rashid

Posted: 29 Jan 2019 09:45 PM PST

Drama Perubatan Inggeris THE GOOD DOCTOR di TV2

Posted: 29 Jan 2019 09:25 PM PST

Sekitar Sambutan 10 Tahun Insaf Malaysia & Ambulans Insaf Malaysia

Posted: 29 Jan 2019 09:00 PM PST

Jom Sertai Larian Eko Lumut 2019

Posted: 29 Jan 2019 08:19 PM PST

[…] More

The post Jom Sertai Larian Eko Lumut 2019 appeared first on Sensasi Selebriti.

Sinopsis Drama DIA MENANTU RAHSIA Lakonan Ashraf Muslim

Posted: 29 Jan 2019 07:42 PM PST

Tentang Drama PLAN CINTA Lakonan Redza Rosli & Azar Azmi

Posted: 29 Jan 2019 07:27 PM PST

Oh! Media

Oh! Media


Tips Berhenti Merokok Cara Saya

Posted: 30 Jan 2019 11:55 AM PST


Bila dah masuk pertengahan bulan 3 ni, genaplah kiranya 4 tahun saya berhenti merokok. Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh berhenti. Rakan-rakan juga terkejut & semacam susah nak percaya. Alhamdulillah.. dulu saya juga merupakan seorang perokok tegar tapi kini kalau dah terhidu asap rokok pun terasa pedih hidung yang amat. Seolah-olah terbau gas toksin yang menusuk kalbu sampai ke otak sehingga membuatkan kita sesak nafas & tak dapat bernyawa dengan betul. Boleh pula rasa macam ni sedangkan dulu saya pun merokok. Baru kini jugalah saya boleh memahami bagaimana rasanya orang sekeliling yang tidak selesa bila terhidu asap rokok di mana mereka pula yang menjadi perokok pasif.

Saya mula merokok sejak 15 tahun yang lalu. Ketika itu merokok memang sebab pengaruh kawan & rasa ingin cuba yang mendalam. Dan yang paling penting sewaktu peringkat umur begitulah rasa bergaya bila hisap rokok. Orang lelaki memang akan rasa & alami benda yang sama. Setiap mereka mesti ada sejarah masing-masing. Biasalah budak-budak baru nak kenal dunia. Tapi mujurlah semasa zaman sekolah menengah dulu saya tak pernah kantoi kena tangkap merokok dengan cikgu. Tambah-tambah lagi duduk di sekolah berasrama. Kalau tak alamatnya cikgu telefon mak ayah dan dapatlah pula surat gantung persekolahan.

Lepas tamat zaman sekolah, tabiat merokok tu terbawa-bawa hinggalah sampai zaman masuk kolej. Dulu saya rasa merokok ni ada juga faedahnya. Bagi saya, merokok dapat hilangkan rasa mengantuk semasa pandu kereta dan juga semasa nak study untuk exam. Merokok ni memang ubat yang mujarab untuk segarkan diri kononnya. Tapi sebenarnya benda tu sementara sahaja sebab dia merangsang otak kita dengan bahan yang tidak baik. Kalau untuk jangka masa panjang, memang banyak sangatlah keburukan merokok ni. Saya dah lihat sendiri di depan mata semasa bertugas pesakit-pesakit yang meninggal dunia akibat merokok. Mereka datang dengan sesak nafas yang teruk, sakit dada hingga berpeluh & bermacam-macam lagi penyakit sampingan.

Tapi kali ni saya bukanlah nak bercerita tentang keburukan rokok. Sebab pasal ni semestinya semua orang dah tahu. Dan kalau bagitahu pun orang tetap hisap juga. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah cara-cara untuk berhenti merokok ikut gaya saya. Saya juga tak mahu ceritakan langkah-langkah biasa ataupun tips untuk berhenti merokok macam 8M tu, tapi saya lebih suka menegaskan tentang diri kita sendiri. Sebab apa? Sebabnya bagi saya, jika kita tak bermula dari diri sendiri, pergilah ke klinik berhenti merokok acap kali, buatlah apa-apa pun atau dapatkanlah petua serta tips terbaik dunia sekalipun, jika bukan datangnya dari sendiri, kita takkan dapat berhenti merokok juga.

1. Niat

Bagi saya, apa-apa tindakan yang mahu diambil itu mestilah datang dari diri sendiri dahulu. Niat kita mesti betul & kuat serta bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Rancang & tetapkanlah tarikh bila anda mahu berhenti merokok. Tarikh itu biarlah relevan & mesti sebulan dua dari sekarang. Minta doa pada Allah swt agar dikuatkan semangat untuk mula berhenti merokok. InshaaAllah jika kita betul-betul ikhlas, urusan kita akan dipermudahkan-Nya. Mintalah sokongan dari ahli keluarga mahupun rakan-rakan lain untuk memberi semangat & sentiasa mengingatkan niat anda dalam langkah untuk berhenti merokok.

2. 'Big Why'

Dalam bahasa melayu disebut sebagai sebab yang kukuh. Sesiapa yang mahu berhenti merokok mestilah mempunyai 'big why' tersendiri di mana tiada sesiapa pun yang boleh persoalkan kenapa anda nak berhenti merokok. Nak berhenti merokok tak boleh sebab saja-saja, nanti saja-sajalah jadinya. Carilah alasan & asbab yang kukuh untuk anda berhenti merokok seperti sayangkan anak-anak & isteri, selalu kebocoran wang, takut jatuh sakit, dan bermacam 'big why' yang lain. Dengan adanya 'big why' ini, inshaaAllah jika anda berasa hendak merokok semula pun pasti tak jadi sebab anda teringatkan 'big why' anda itu sendiri. Ambil masa duduk seorang diri & buat senarai kenapa anda nak berhenti merokok. Nanti pilihlah alasan yang terbaik.

3. Logistik

Di sini saya ingin tekankan bahawa logistik atau persekitaran juga akan mempengaruhi seseorang itu untuk merokok. Jika anda betul-betul ingin berhenti merokok, maka pilihlah rakan-rakan yang bukan perokok. Saya pernah terdengar pepatah ada mengatakan, jika kita berkawan dengan orang yang buat besi, kita juga akan berbau besi. Jika kita berkawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita juga akan berbau wangi. Oleh itu, kawan & persekitaran yang bebas rokok amat penting jika anda telah buat keputusan untuk berhenti merokok. Sebab itulah kadang-kadang kita selalu dengar yang sesiapa saja berhenti merokok, dia hanya dapat bertahan sekejap sahaja. Selepas beberapa hari atau minggu, dia akan mula merokok kembali. Dia hanya berhenti membeli rokok & 'pow' rokok kawannya pula.

Selepas berhenti merokok kira-kira 4 tahun yang lalu, kini saya berasa lebih tenang & kehidupan bertambah baik. Jika saya cuba hisap rokok sekarang, lidah saya sudah pun berasa pahit bila menyedut asapnya. Sampai macam tu sekali efeknya. Selepas itu saya juga ada mencari alternatif lain seperti shisha & vape. Ternyata kedua-dua ini masih tidak mampu untuk menggugat keimanan saya. Shisha awal-awal tu bolehla. Namun sempatlah juga berbisnes jual flavor. Hehe. Memang benarlah bila saya tak merokok ni, tak ada pula orang nampak saya pakai kereta Ferrari ataupun R35, naik pun kereta wife saja. Almaklumlah kan jimat duit tak beli rokok. Tapi alhamdulillah, dulu saya juga sering mengalami kebocoran wang. Bila berhenti merokok, walaupun duit tu tak banyak mana pun tapi inshaaAllah cukup untuk perbelanjaan semua. Semoga bermanfaat.

Jerry zuhairi

Kecoh Buah Durian Dijual Pada Harga 14 Juta Sebiji di Jawa Barat Indonesia

Posted: 30 Jan 2019 05:31 AM PST


Raja segala buah-buahan iaitu durian telah dijual pada harga RM4,082 sebiji  atau 14 juta rupiah di Jakarta Indonesia yang terdapat di sebuah pasar raya dan ia dikatakan sejenis durian yang jarang didapati.

Pasaraya yang terletak di Jawa Barat itu walaubagaimanapun telah berjaya menjual dua biji durian berkenaan yang diberi nama J-Queen pada hari pertama.


Seorang lelaki dikenali sebagai Aka yang menghasilkan J-Queen de­ngan mengacukkan dua jenis durian bermutu tinggi di Indonesia berkata, durian itu mempunyai rasa seperti mentega kacang dan berbentuk bulat.

Buah durian, kata Aka, biasanya berbentuk lonjong.

"Saya satu-satunya orang yang memiliki pokok durian yang jarang didapati ini," dia dipetik sebagai berkata oleh Kompas.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

UFC Menghukum dan Menggantung McGregor dan Khabib

Posted: 30 Jan 2019 04:33 AM PST



Conor McGregor dan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov masing-masing dikenakan denda dan penggantungan oleh Suruhanjaya Sukan Nevada susulan pasca pertarungan luar biasa yang meletus di Las Vegas, 6 Okotober lalu.

Salinan perjanjian hukuman itu menunjukkan suruhanjaya berkenaan mengundi untuk mengenakan penggantungan selama sembilan bulan dan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.05 juta) kepada Nurmagomedov.

Manakala McGregor digantung enam bulan dan denda AS$50,00 (RM205,358) di atas pergaduhan yang tercetus selepas Nurmagomedov mempertahankan gelarannya.

Kedua-dua hukuman itu berkuatkuasa pada 6 Oktober –tarikh pertarungan berlangsung – dan hukuman penggantungan Nurmagomedov boleh dikurangkan sebanyak tiga bulan jika dia melaksanakan khidmat masyarakat dengan menyebarkan mesej kempen anti buli.

Dalam reaksinya terhadap hukuman itu, Nurmagomedov memuatnaik entri di Twitter dengan berkata: "Politik selamanya."

Pengurus McGregor, Audie Attar dalam kenyataannya berkata: "Kami bersyukur dengan keputusan yang dibuat suruhanjaya dan keputusan itu membolehkan peminat kembali menyaksikan pejuang mereka kembali ke Octagon."

Dalam insiden itu, Nurmagomedov tidak melepaskan cengkamannya selepas McGregor sudah mengalah sebelum petinju dari Russia itu keluar gelanggang untuk menyerang ahli kumpulan McGregor.

Sumber: Berita Harian

Huawei Menegaskan Mereka Tidak Melakukan Kesalahan Seperti Dalam Pertuduhan DOJ

Posted: 30 Jan 2019 03:16 AM PST


Jabatan Kehakiman AS , DOJ sebelum ini telah memulakan pendakwaan ke atas Huawei setelah tertuduh melakukan penipuan bank dan mencuri rahsia teknologi milik T-Mobile.

Walaubagaimanapun, Huawei dilihat begitu kecewa dengan pertuduhan terhadap mereka dan mendakwa isu berkenaan telahpun selesai berdasarkan keputusan mahkamah di Seattle sebelum ini. Oleh itu, pihak Huawei sekali lagi telah menyangkal mereka dan anak syarikat yang melanggar seabarang undang-undang AS dalam urusan seperti didakwa.



Dalam perkembangan lain, DOJ turut telah memulakan proses ekstradisi CFO Huawei Meng Wanzhou dari Kanada bagi menghadapi pertuduhan menipu bank yang membolehkan syarikat tersebut berurusan dengan Iran yang sedang berada di bawah sekatan PBB.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Duta Palestin Ke Malaysia Melihat Ketegasan Malaysia Harus Disokong Masyarakat Antarabangsa

Posted: 30 Jan 2019 03:17 AM PST


Duta Palestin iaitu Walid Abu Ali hari ini menyatakan bahawa suara lantang yang telah diberikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamad dalam isu Palestin perlulah mendapat sokongan pihak dan negara di seluruh dunia.

"Saya secara peribadi sedih melihat bagaimana Malaysia dan Dr Mahathir dibiarkan bersendirian berhubung isu baru-baru ini, yang mana, malangnya, turut menyaksikan negara Arab lain turut mendiamkan diri dalam perkara itu.

"Ini tidak sepatutnya berlaku, jadi saya berharap mereka yang percayakan demokrasi, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa untuk (sekurang-kurangnya) tampil ke hadapan dan menunjukkan solidariti dengan Malaysia dan pemimpinnya.

"Saya harap kita dapat elakkan 'double standards' apabila timbul isu Israel dan Palestin."

Pandangan ini diberikan setelah Malaysia telah dilucutkan kelayakannya oleh IPC untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 kerana tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan perenang Israel masuk ke Malaysia.

Walid juga berkata rakyat Palestin sentiasa berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin selama tujuh dekad.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Cadangan Hapus Tol Tan Sri Rais Yatim Sedang Dibincangkan Kerajaan

Posted: 30 Jan 2019 01:45 AM PST


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah berkata bahawa cadangan penghapusan tol telahpun di bawa ke dalam mesyuarat Kabinet dan ia sedang diperhalusi secara mendalam bagi mengelakkan sebarang permasalahan sebelum ia dimuktamadkan.

Jawapan ini dikeluarkan oleh Tun M setelah Tan Sri Rais Yatim melihat kekalahan PH pada PRK Cameron Highlands adalah berpunca dari beberapa tindakan kerajaan yang tidak melaksanakan janji mereka.

"Mungkir janji orang tak suka, orang tak pilih kita. Pimpinan atasan PH tentu lebih daripada faham kenapa kalah di Cameron Hihglands.

"Untuk itu tutup satu tol, kurangkan harga minyak motoris Malaysia. Tunai janji Felda pra-Mei 2018. Buat stok penimbal beras, tepong, minyak masak, susu anak. Semenyih menang," kata Rais di Twitter.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Kim Bok-dong Seorang Pejuang Hamba Seks Tentera Jepun Meninggal Dunia

Posted: 30 Jan 2019 01:45 AM PST


Semalam, seorang pejuang nasib hamba seks tentera Jepun iaitu Kim-Bok-dong telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun dan sehingga akhir hayatnya, dia masih dalam kontroversi 'wanita penenang' Korea Selatan yang dipaksa bekerja di rumah pelacuran ketika zaman perang Jepun, sedang memuncak.

Bok-dong yang meninggal dunia di sebuah hospital di Seoul, Korea Selatan semalam, sering dilihat dalam protes mingguan di luar kedutaan Jepun menuntut permohonan maaf dan ganti rugi.

Kemarahan beliau terhadap Jepun dibawa hingga ke akhir hayatnya, kata seorang penyokongnya.

Kim juga merupakan antara wanita yang sering dipaksa untuk melacur dan disiksa secara seksual di rumah pelacuran tentera Jepun sebeum dan semasa Perang Dunia Kedua.

Aktivis Yoon Mee-hyang berkata, mereka merancang untuk berarak mengiringi keranda Kim melepasi kedutaan Jepun pada Jumaat, satu demonstrasi yang mungkin mengeruhkan lagi hubungan antara Seoul dan Tokyo.

Semasa Kim berusia 14 tahun, dia telah pertama kali dihantar ke rumah pelacuran tentera dan dipaksa memberikan khidmat seks kepada tentera Jepun termasuk di China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



"Kamal Dah Rasa, Blah La", Komen Biadap Netizen Dapat Perhatian Kamal Adli

Posted: 30 Jan 2019 09:12 AM PST


Dengan segala isu yang sedang hangat menghentam Emma Maembong ketika ini akibat tersebarnya gambar-gambar peribadi antara dirinya dan Syed Abdullah (Abang kepada Syed Saddiq), Kamal Adli Sebagai lelaki yang pernah dekat dengan Emma Maembong turut mendapat tempias yang sama.


Klik gambar untuk baca artikel sebelumnya.

Instagram milik Kamal Adli ketika ini banyak dibanjiri oleh netizen yang mengaitkan Kamal Adli dengan apa yang berlaku kepada Emma Maembong. Ada yang mengucapkan tahniah kepada Kamal Adli kerana tidak terus bersama perempuan seperti Emma Maembong dan ada juga yang berpandangan Kamal Adli patut bersyukur kerana dijauhkan jodoh ya dari perempuan sedemikian rupa.

Tetapi semua respon dari netizen ini tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Kamal Adli kecuali satu komen ini.

Akaun Instagram dengan nama Firdaus Hanapiz yang mengulas sebuah lagi komen yang mengatakan ada sebab kenapa Allah jauhkan Kamal dari Emma Maembong.


Komen tersebut mendapat respon tunggal dari Kamal Adli berbunyi "Rasa Apa Bro?" serta kecaman daripada ramai pengikut Kamal Adli sendiri yang menganggap ianya komen Biadap dan menjadi fitnah jika apa yang dituduh itu tidak pernah berlaku.


Wah nampaknya bila lelaki membawang lebih dahsyat dari perempuan! Macam haremmm! Huhu.

Kita dalam media sosial ni kenalah sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan agar tidak menyentuh hal-hal peribadi yang kita sendiri tak pasti. Takut nanti kalau jatuh fitnah, dah dapat dosa kering yang kita sendiri tak perasan kita pernah buat masa hidup ni.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Perdana Menteri Palestin Al-Hamdallah Menghantar Surat Peletakan Jawatan

Posted: 29 Jan 2019 11:34 PM PST


Semalam, dilaporkan satu berita bahawa Perdana Menteri Palestin iaitu Rami Al-Hamdallah telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden Mahmoud Abbas.

Peletakan jawatan ini dilihat sebagai cabaran terbaharu yang bakal dihadapai Palestin dalam usaha damai dengan Pergerakan Hamas yang mengambil alih kuasa bumi Gaza pada tahun 2007.

Berdasarkan mesyuarat yang telah dilakukan Kabinet, sekiranya Presiden Mahmoud Abbas menerima peletakan jawatan ini, kerajaan pimpinan Al-Hamdallah akan terus menjalankan tanggungjawab sehingga kerajaan baharu dapat dibentuk.

Walaubagaimanapun, sebelum ini, Al-Hamdallah menawarkan diri untuk melepaskan jawatannya kerana ada cadangan untuk membentuk kerajaan baharu oleh pergerakan Fatah Abbas, bertujuan untuk mengasingkan Hamas daripada senario Politik Palestin.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Hukum Melukis Komik Para Sahabat Nabi SAW

Posted: 29 Jan 2019 04:14 PM PST


Soalan:
Apakah hukum melukis dan melakar komik tentang para sahabat?

Jawapan:
Para sahabat adalah pengganti Rasulullah saw dalam menyebarkan dakwah dan memikul panji-panji Islam. Mereka adalah sebaik-baik generasi yang telah dididik oleh Rasulullah saw. 'Adalah dan kebaikan mereka telah dipuji oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Firman Allah swt :

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaan-Nya. (Surah al-Fath :29)

Kata Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili: Yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah merujuk kepada para sahabat dan Para Ulama yang mana Nabi saw menyebut: "Para sahabatku seperti bintang selagi mana kalian mengikuti mereka kalian akan mendapat petunjuk."
[Rujuk Tafsir al-Munir ( 3/495)]

Kata Sheikh al-Maraghi: "Selepas Allah menyatakan bahawa Dia mengutuskan Rasul-Nya dengan petunjuk dan membawa agama Islam sebagai satu bukti bahawa Islam lebih tinggi dari agama-agama yang lain, Allah menyatakan pula tetang keadaan Rasul itu sendiri dan apa yang diutuskan kepada mereka. Maka  sifat mereka yang disebutkan kesemuanya berbentuk pujian kepada mereka."

Disebutkan juga kaum yang datang selepas mereka yang mana mereka memimpin manusia,memiliki negara dan menguasai dunia. Sifat mereka itu ialah:

  • Keras terhadap sesiapa yang memusuhi agama dan saling berkasih sayang antara mereka.
  • Mereka menjadikan solat dan ikhlas kepada Allah sebagai satu kebiasaan sepanjang waktu.
  • Mereka mengharapkan pahala dan keredhaan dari Allah.
  • Mereka dikenali dengan tanda yang terzahir. Terpancar cahaya dari wajah mereka. Dan juga terzahir sifat khusyu' dan khudu yang hanya diketahui oleh orang yang mempunyai sifat fatonah.
  • Kitab Injil menyatakan sifat mereka seperti satu kaum yang menanam benih tumbuhan. Mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

[Rujuk Tafsir al-Maraghi (26/115)]

Dapat kita fahami melalui ayat ini bahawa para sahabat Nabi merupakan golongan yang mempunyai keistimewaan di sisi Allah swt dan Rasulullah saw. Di antara ayat yang lain yang menunjukkan keistimewaan para sahabat sepertimana firman Allah swt :

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." (Surah al-Taubah : 100)

Ayat ini cukup jelas menunjukkan bahawa para Sahabat adalah golongan yang diredhai oleh Allah swt dan tersedia bagi mereka syurga yang di dalamnya terkandung banyak nikmat.

Kata Ibnu Kathir: "Allah swt mengkhabarkan tentang keredhaan-Nya terhadap golongan yang terawal dari Muhajirin dan Ansor serta orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan. Allah redha terhadap mereka dengan menyediakan bagi mereka Syurga dan nikmat yang sentiasa kekal."
[Rujuk Tafsir al-Quran al-'Azim (2/467)]

Inilah keistimewaan para sahabat sehingga mereka mendapat gelaran Radhiallahu 'anhum yang membawa maksud Allah meredhai mereka semua yang menatijahkan nikmat dan syurga di hari akhirat kelak. Nabi saw bersabda :

اللَّهَ اللَّهَ فِي أَصْحَابِي اللَّهَ اللَّهَ فِي أَصْحَابِي لَا تَتَّخِذُوهُمْ غَرَضًا بَعْدِي فَمَنْ أَحَبَّهُمْ فَبِحُبِّي أَحَبَّهُمْ وَمَنْ أَبْغَضَهُمْ فَبِبُغْضِي أَبْغَضَهُمْ وَمَنْ آذَاهُمْ فَقَدْ آذَانِي وَمَنْ آذَانِي فَقَدْ آذَى اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ آذَى اللَّهَ فَيُوشِكُ أَنْ يَأْخُذَهُ
"Takutlah pada Allah tentang sahabatku. Takutlah pada Allah tentang sahabatku. Jangan kalian jadikan mereka habuan selepasku. Sesiapa yang mencintai mereka maka aku akan mengasihi orang yang mengasihi mereka. Sesiapa yang membenci mereka maka aku akan membenci orang yang membenci mereka. Sesiapa yang menyakiti mereka seakan-akan dia telah menyakitiku. Dan sesiapa yang menyakitiku maka dengan telah menyakiti Allah. Sesiapa yang menyakiti Allah maka hampir-hampir Dia mengambilnya." [Riwayat Imam Ahmad (20578) di dalam Musnad dan Ibnu Hibban (7256)]

Nah, lihat sahaja bagaimana Nabi saw menyebut bahawa sesiapa yang menyakiti dan membenci para sahabat sama sahaja seperti dia menyakiti Nabi. Ini menjadi bukti dan burhan bahawa para Sahabat menduduki tempat yang istimewa di sisi Nabi saw. Oleh itu tiada perselisihan di dalam kalangan para ulama bahawa mengenali para sahabat adalah merupakan ilmu yang khusus. Ianya merupakan ilmu khobar yang paling tinggi dan dengan inilah para pengkaji sirah menulis buku mereka.

Menurut Sheikh Nuruddin al-Itr, Sahabat Nabi ditakrifkan sebagai:

ِمَنْ لَقِيَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم مُؤْمِنًا بِهِ ومَاتَ عَلَى الإِْسلاَم
"Sesiapa yang bertemu dengan Nabi saw dalam keadaan beriman dengan kerasulan Baginda dan meninggal dunia dalam keadaan Islam."
[Rujuk Minhaj al-Naqd Fi Ulum al-Hadis (hlmn 116)]

Hukum melukis gambar atau Kartun

Hukum asal permasalahan ini adalah berdasarkan hadis Nabi saw;

مَنْ صَوَّرَ صُورَةً فَإِنَّ اللَّهَ مُعَذِّبُهُ حَتَّى يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ بِنَافِخٍ فِيهَا أَبَدًا
"Sesiapa yang melukis atau mengukir gambar sesungguhnya Allah akan mengazabnya sehingga (jika disuruh) meniupkan ruh ke dalam gambar tersebut dia tidak mampu berbuat demikian selama-lamanya." [Riwayat al-Bukhari (2225)]

Di dalam riwayat yang lain menyebut:

كُلُّ مُصَوِّرٍ فِى النَّارِ يَجْعَلُ لَهُ بِكُلِّ صُورَةٍ صَوَّرَهَا نَفْسًا فَتُعَذِّبُهُ فِى جَهَنَّمَ
"Setiap penggambar diseksa di dalam neraka,dijadikan setiap gambar yang digambarkan sebagai ruh maka ia menjadi alat penyeksanya di dalam Neraka Jahanam." [Riwayat Muslim (3945), Imam Ahmad (2671) di dalam Musnadnya]

Sejurus selepas hadis ini disebutkan Ibnu Abbas menyatakan:

إِنْ كُنْتَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَاصْنَعْ الشَّجَرَ وَمَا لَا نَفْسَ لَهُ
"Jika engkau terpaksa melakukannya maka buatlah (gambar) pokok atau apa-apa yang tidak bernyawa."

Dapat kita fahami jika lukisan itu adalah selain dari makhluk bernyawa seperti lukisan pokok,laut, gunung-ganang maka dibolehkan.

Larangan yang disebutkan oleh Nabi saw adalah menjurus kepada pembuatan patung yang mempunyai jisim dan berbayang serta menyerupai makhluk yang bernyawa di mana ianya dijadikan sebagai sembahan. Ianya juga dikiaskan kepada lukisan-lukisan yang dilakar makhluk yang bernyawa kerana ianya juga menjadi satu penyembahan sepertimana yang berlaku kepada umat kristian yang melakar gambar Nabi Isa dan para hawariyyun yang mana mereka mempercayai itulah gambaran Nabi Isa dan para hawariyyun Baginda.

Kata al-'Aini: "Melukis gambar makhluk yang bernyawa (mengukir patung) adalah tidak dibenarkan kerana ianya disembah pada zaman Jahiliyyah.Maka tidak dibenarkan walaupun ianya tidak mempunyai bayang dan juga tidak berjisim (merujuk kepada gambar dan lukisan) untuk menutup pintu kerosakan."
[Rujuk 'Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari (18/162)]

Lukisan makhluk bernyawa tersebut jika diletakkan di tempat yang mulia dan tidak menghinakannya seperti digantung di tempat yang yang tinggi. Ini berdasarkan peristiwa yang telah diceritakan oleh Aisyah r.anha:

قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَفَرٍ وَقَدْ سَتَرْتُ بِقِرَامٍ لِي عَلَى سَهْوَةٍ لِي فِيهَا تَمَاثِيلُ فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَتَكَهُ وَقَالَ أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللَّهِ قَالَتْ فَجَعَلْنَاهُ وِسَادَةً أَوْ وِسَادَتَيْنِ
Rasulullah saw pulang dari safar dan aku menutup bilik kecilku dengan sebidang kain yang terdapat padanya gambar-gambar (lukisan-lukisan benda yang bernyawa). Apabila Rasulullah saw melihatnya Rasulullah menyentapnya seraya bersabda: "Sesungguhnya manusia yang paling dahsyat azabnya pada hari Kiamat adalah mereka yang melakukan sesuatu yang menyerupai makhluk Allah  (yang bernyawa)." Kata Aisyah: "Kami menjadikan kain tersebut sebuah atau dua buah bantal." [Riwayat al-Bukhari (5498)]

Kesemua larangan ini adalah berbentuk sad al-Zari'ah (menutup pintu kerosakan) kerana ditakuti menjadi objek penyembahan yang boleh merosakkan akidah.

Adapun jika lukisan itu bertujuan yang tidak bercanggah dengan syara' seperti digunakan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan atau dakwah maka ianya dibenarkan.

Memetik pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, beliau mengatakan: "Hukum melukis sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan haiwan menjadi khilaf dikalangan para ulama. Jumhur mengatakan bahawa ianya haram dan sebahagian para ulama' mengatakan ianya dibolehkan. Apa pun, penggunaan lukisan dalam media massa dengan tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam yang diharamkan bahkan sesuatu yang dituntut oleh syara' sekiranya menjadi medium yang amat penting dalam menyampaikan dakwah dan ilmu yang bermanfaat kepada manusia dan ini tidaklah menjadi gambar yang haram padanya sepertimana gambar-gambar yang mengangkat sesuatu yang tidak bermoral, kezaliman dan gambar-gambar yang tidak senonoh."

Seterusnya beliau memberikan beberapa justifikasi terhadap pendapatnya itu, dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  • Sesungguhnya lukisan kartun bukanlah lukisan yang sempurna bahkan ianya gambar yang mempunyai ciri yang tersendiri dan tidak ada padanya ciri-ciri gambar yang hakiki.
  • Penggunaannya adalah untuk berdakwah dan juga pendidikan (tarbawiyyah) dan anak-anak kecil menerimanya, mengikutinya dan terkesan dengannya. Sewajarnya ke atas kita untuk tidak mengabaikan wasilah ini dan kita perlu menggunakannya di dalam pengajaran kanak-kanak apa yang sepatutnya dipelajari melalui akidah dan sebagainya.
  • Manusia yang lainya telah menggunakan metod ini sekian lamanya dan jika melihat kepada trend sedia ada ianya seolah-olah telah menjadi 'makanan ruji' bagi kanak-kanak yang sedang membesar seharian dengan program animasi-animasi yang ditayangkan di kaca televisyen. Sekiranya tiada inisiatif untuk menggantikannya dengan animasi yang lebih islamik dan sarat dengan maklumat pasti ianya merugikan.

Maka lukisan-lukisan yang dilakar dengan tujuan sedemikian tidaklah diharamkan kerana ianya dibuat bukan kerana dipuja atau disembah akan tetapi ianya adalah salah satu bentuk pendidikan dan dakwah bagi kanak-kanak khususnya dan ianya dianggap sebagai maslahat yang umum.

Hukum melukis dan melakar komik para sahabat

Berkaitan dengan lakaran komik yang melibatkan para sahabat tiada dalil khusus berkenaan larangan berbuat demikian. Akan tetapi perkara ini telah dijelaskan oleh beberapa badan fatwa dunia. Di antaranya adalah Sheikh 'Atiyah Saqar yang merupakan bekas Pengerusi Lajnah Fatwa di al-Azhar al-Syarif. Beliau menyatakan bahawa perbuatan tersebut diharamkan dengan sebab beberapa perkara:

  • Lukisan atau lakaran tidak akan selamanya menyerupai yang asal. Akan berlaku penipuan sekiranya apa yang digambarkan itu tidak sama dengan hakikatnya.
  • Ketidakcermatan dalam menghalusi seseorang individu tersebut baik dari segi rupa sifatnya serta akhlak perilakunya yang diadaptasi di dalam lukisan, lakaran ataupun lakonan adalah sesuatu yang dapat menyakiti seseorang itu jika didapati terdapat kekurangan pada gambar atau lakonan tersebut.
  • Mereka adalah qudwah (ikutan) kepada yang lain. Penipuan ke atas mereka baik dari segi lakonan dan sebagainya boleh menyebabkan orang lain memandang serong terhadap mereka.
  • Sekiranya lukisan, lakaran atau lakonan sekiranya tidak dibuat dengan baik dapat memberikan kesan buruk kepada orang yang melihatnya. Boleh jadi seseorang yang pada asalnya menyanjung dan mencintai mereka namun setelah melihat kekurangan yang dizahirkan melalui lukisan, lakaran ataupun lakonan boleh berubah sikap dari rasa cinta kepada yang lainnya sedangkan kita semua dituntut untuk menyayangi mereka dan mengikuti mereka.

Fatwa ini mendokong fatwa yang telah dikeluarkan oleh badan autoriti sebelumnya. Antara badan tersebut:

  • Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf Rahimahullah yang bertarikh 5 Mei 1950 melalui al-Fatawa al-Islamiyyah, Jilid 4, halaman 1297 yang mana turut mengatakan haram.
  • Lajnah al-Fatwa Al-Azhar pada Jun 1968.
  • Majlis Majma' Buhuth Islamiyah pada bulan Februari 1972.
  • Muktamar ke-8 Majma' pada bulan Oktober 1977.
  • Majlis Majma' pada bulan April 1978.
  • Dar Ifta' Mesir pada bulan Ogos 1980.

Beliau menambah lagi: "Pengharaman ini adalah berdasarkan kaedah fiqhiyah (menghindarkan kerosakan adalah diutamakan daripada mengambil kemaslahatan). Apabila sesuatu kebudayaan memerlukan kepada keluarnya daripada adab dan norma maka sesungguhnya kemudaratan itu mengatasi kemaslahatan. Di samping itu, terdapat banyak alasan pengharaman yang telah disebutkan seperti mana yang disebut di dalam dar al-Ifta' Mesir: Sesungguhnya Allah telah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru ataupun dilakonkan oleh syaitan. Demikian jugalah Allah memelihara para Rasul dan Nabi daripada ditiru atau dilakonkan oleh manusia.

Demikian jugalah pengharaman meniru usul (nenek moyang) furu' (anak cucu), isteri-isteri dan sahabat-sahabat Rasul. Adapun yang berkaitan dengan pengajaran yang diambil daripada kisah-kisah nabi, fatwa ini menyebutkan bagaimana mungkin kita mengambil pengajaran daripada lakonan seorang manusia biasa terhadap peribadi seorang Nabi. Siapakah yang sanggup menerima lakonan seorang bodoh, kaki judi, pemabuk, pelanggan kedai arak dan persundalan? Merekakah yang melakonkan lakonan para Nabi dan sahabat?"

[Rujuk Ahasin al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam (1/156-158)]

Jika lakonan sahaja tidak dibenarkan kerana pelakon yang dipilih tidak seperti peribadi para sahabat apatahlagi lakaran atau lukisan yang melibatkan para sahabat yang datangnya dari khayalan dan andaian dengan sedikit maklumat dari si pelukis. Sedangkan para sahabat mempunyai wibawa dan menjadi ikutan. Sekiranya lukisan itu salah gambarannya maka ia akan menimbulkan salah faham.

Kesimpulan

Berdasarkan itu, kami melihat bahawa tidak boleh untuk melukis komik yang melibatkan para sahabat. Ini kerana untuk menjaga wibawa dan peribadi para sahabat walaupun tujuan lukisan tersebut adalah baik iaitu dakwah dan pendidikan. Kami mengesyorkan beberapa perkara jika mahu melakarkan juga komik yang melibatkan para sahabat:

  • Lukisan yang dilakar mestilah dilakar secara tidak sempurna.
  • Lukisan tersebut mesti tidak menampakkan rupa para sahabat (iiatu mukanya).
  • Dialog dan jalan penceritaan mesti berpandukan rujukan yang sahih dan muktamad.Tidak boleh mereka-reka jalan cerita atau dialog yang boleh membawa kepada unsur penipuan.

Wallahu'alam

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Lewat Hadir Solat Jumaat Dan Hanya Sempat Rakaat Kedua

Posted: 29 Jan 2019 03:56 PM PST


Soalan:
Saya lewat hadir solat Jumaat dan hanya sempat di rakaat kedua. Perlukah saya solat Zohor atau tambah satu rakaat sahaja? Dan apakah saya mendapat Jumaat?

Jawapan:
Berkenaan persoalan di atas, jika dia sempat satu rakaat bersama dengan Imam, maka dia mendapat Jumaat. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنَ الصَّلاَةِ، فَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلاَةَ
"Barangsiapa yang sempat mendapat satu rakaat daripada solat (solat jumaat dan lain-lain) maka dia mendapat solat itu." [Riwayat Bukhari (580) dan Muslim (607)]

Disebabkan dia sempat satu rakaat bersama imam, maka dia hanya perlu menambah satu rakaat sahaja. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَدْرَكَ مِنَ الْجُمُعَةِ رَكْعَةً فَلْيُصَلِّ إِلَيْهَا أُخْرَى
"Barangsiapa yang sempat satu rakaat (bersama imam) dalam solat Jumaat maka dia tambah satu rakaat lagi." [Riwayat Ibn Majah (1121), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (5945) dan al-Hakim (1708)]

Akan tetapi, jika dia tidak sempat satu rakaat bersama imam, maka dia perlu menambah 4 rakaat solat Zuhur. Sebagai contoh dia datang ketika imam sedang tahiyyat akhir. Ini kerana solat Jumaat wajib secara berjemaah. Daripada Tariq bin Syihab RA, Nabi SAW bersabda:

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ
"Jumaat itu adalah hak wajib setiap Muslim lelaki dalam keadaan berjemaah." [Riwayat Abu Daud (1067)]

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: "Sesungguhnya dikira dapat berjemaah dalam solat Jumaat dengan dapat sekurang-kurangnya satu rakaat penuh. Oleh itu, sekiranya dapat satu rakaat sahaja maka Jumaatnya sah." [Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/509]

Di dalam Syarh al-Zad dan Hasyiahnya menyebut: "Sesiapa yang mendapati bersama imam sempat satu rakaat solat Jumaat, maka dia sempurnakan satu rakaat lagi secara ijmak. Tetapi jika tidak sempat walaupun satu rakaat – seperti imam i'tidal pada rakaat, kemudian seseorang itu baru masuk solat bersamanya – maka hendaklah dia sempurnakan solat Zuhur dengan empat rakaat." [Lihat Taudhih al-Ahkam, 2/572]

Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Bakhil Memberi Salam

Posted: 29 Jan 2019 03:56 PM PST


Soalan:
Apakah terdapat hadith yang menyatakan bahawa orang yang tidak suka memberi salam adalah orang yang bakhil?

Jawapan:
Hukum mengucapkan salam adalah sunnah yang amat digalakkkan (سنة مستحبة) dan amat dituntut oleh Rasulullah SAW. Ini kerana, di sana terdapat perintah atau arahan daripada Nabi SAW agar kita menyebarkan serta mengucapkan salam kepada orang lain. Namun, perintah tersebut bukanlah bersifat wajib tetapi ia hanyalah sunnah yang amat digalakkan. Ini adalah pendapat yang masyhur dalam kalangan para ulama. Adapun hukum menjawab salam adalah wajib, berdasarkan firman Allah SWT:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)." (Al-Nisa':86)

Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat riwayat yang menyatakan bahawa orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil memberi salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani (360 H) di dalam kitabnya secara marfu':

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَأَبْخَلُ النَّاسِ مَنْ بَخِلَ بِالسَّلَامِ
"Orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil memberi salam." [Riwayat al-Thabarani di dalam al-Mu'jam al-Awsath (5591)]

Hukum hadith

Riwayat Abu Hurairah RA ini datang dalam keadaan sanadnya mawquf (terhenti pada sahabat dan tidak sampai kepada Nabi SAW) dan marfu' (iaitu sanadnya sampai kepada Nabi SAW dan tidak terputus). Di antara ulama yang meriwayatkan riwayat di atas dengan sanad yang mawquf adalah Imam Ibn al-Ja'd (230 H) di dalam musnadnya (2663) dan Imam al-Bukhari (256 H) di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad (1015). Adapun di antara ulama yang meriwayatkan riwayat ini dengan marfu' adalah Imam al-Thabarani sepertimana di atas, Imam al-Baihaqi (458 H) di dalam kitabnya Syu'ab al-Iman (8392,8394 dan 8395) dan Ibn Syahin (385 H) di dalam kitabnya al-Targhib fi Fadhail al-'Amal (488 dan 492).

Selain itu juga, Imam al-Daraquthni mengatakan bahawa pendapat yang sahih ia adalah mawquf dalam menentukan sama ada riwayat ini mawquf ataupun marfu'. [Lihat: al-'Ilal, 217/11]
Pandangan al-Daraquthni ini berbeza dengan pandangan Imam Ibn Hibban kerana beliau meriwayatkan riwayat ini di dalam kitab sahihnya. [Lihat: Sahih Ibn Hibban, 349-350/10]

Walaupun riwayat ini adalah mawquf, tetapi ia mempunyai beberapa sokongan daripada hadith yang lain walaupun hadith-hadith sokongan ini sanadnya adalah dhaif tetapi ia boleh mengangkat darjat atau status riwayat yang mawquf ini. Antaranya ialah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mughaffal di dalam al-Mu'jam al-Awsath (3392) dan Jabir RA di dalam Musnad Ahmad (14517) dan al-Mustadrak oleh Imam al-Hakim (2195).

Melihat kepada perbezaan di atas, kami cenderung bahawa riwayat Abu Hurairah RA di atas adalah mawquf atau dhaif kerana pada sanadnya terputus dan tidak sampai kepada Nabi SAW. Antaranya yang cenderung kepada pandangan ini adalah Imam al-Daraquthni sebagaimana yang kami nyatakan di atas dan juga Imam al-Bukhari kerana beliau (al-Bukhari) tidak menyandarkan riwayat ini kepada Nabi SAW, bahkan beliau menyandarkannya kepada Abu Hurairah sebagaimana di dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad. Tambahan pula, ini juga merupakan pandangan Imam al-Hafiz Ibn Hajar (852 H) pada riwayat Abu Hurairah RA ini. [Lihat: Fath al-Bari, 565/9]

Kelebihan Memberi Salam

Antara hadith Nabi SAW yang menceritakan akan kelebihan memberi salam adalah:

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ ؟ قَالَ: تُطْعِمُ الطَّعَامَ، وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ، وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." [Riwayat al-Bukhari (6236) dan Muslim (63)]

Daripada al-Barra' bin Azib RA berkata:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ: بِعِيَادَةِ المَرِيضِ، وَاتِّبَاعِ الجَنَائِزِ، وَتَشْمِيتِ العَاطِسِ، وَنَصْرِ الضَّعِيفِ، وَعَوْنِ المَظْلُومِ، وَإِفْشَاءِ السَّلاَمِ، وَإِبْرَارِ المُقْسِمِ
"Rasulullah SAW telah memerintahkan kami dengan tujuh perkara iaitu melawat orang yang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan menunaikan sumpah." [Riwayat al-Bukhari (6235]

Di dalam hadith ini terdapat 7 arahan Nabi SAW kepada kita untuk dilaksanakan dalam menjaga hubungan sesama manusia. Salah satu di antaranya ialah menyebarkan salam. Natijah pelaksanaan perintah ini akan melahirkan masyarakat yang saling mawaddah dan berkasih sayang.

Penutup

Kesimpulannya, riwayat di atas adalah mawquf atau dhaif kerana pada sanadnya terdapat keguguran iaitu tidak sampai kepada Nabi SAW dan ia terhenti hanya pada Abu Hurairah RA sahaja. Selain itu, memberi salam merupakan satu sunnah yang amat dicintai oleh Rasulullah SAW dan digalakkan oleh agama kita berdasarkan kepada dalil yang begitu banyak, sama ada daripada al-Quran ataupun hadith Nabi SAW pada menggalakkan perbuatan atau amalan tersebut. Dengan itu, kami ingin menutup artikel ini dengan ucapan daripada Imam al-Nawawi (676 H) yang menunjukkan akan kepentingan memberi dan menjawab salam ini:

"Ketahuilah bahawa memulakan salam adalah sunnah yang disukai dan ia bukanlah bersifat wajib. Ia juga merupakan Sunnah Kifayah yang bermaksud apabila seorang muslim dalam keadaan berjemaah (berkumpulan) maka sudah memadai bagi mereka jika seorang sahaja daripada kalangan mereka yang mengucapkannya. Jika kesemuanya mengucapkan salam maka itu adalah lebih baik. Adapun menjawab salam, jika yang diucapkan salam itu seorang maka dia perlulah menjawabnya dan jika yang diucapkan itu adalah ramai atau berkumpulan maka ia menjadi fardhu kifayah ke atas mereka untuk menjawabnya. Apabila seorang daripada mereka sudah menjawab salam maka ia sudah memadai bagi yang lain dan jika kesemuanya tidak menjawab maka kesemuanya berdosa. Namun, jika kesemuanya menjawab salam maka ia adalah di tahap yang paling sempurna dan baik." [Lihat: al-Azkar, 394]

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan sunnah Nabi SAW serta memelihara kita daripada sifat-sifat yang dikeji oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Amin.

Wallahua'lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Wednesday, January 30, 2019

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti

Link to Sensasi Selebriti

Datuk AC Dikritik Melawak Tak Kena Tempat di MeleTOP

Posted: 29 Jan 2019 02:53 PM PST

[TRAVEL] Kemewahan Terjangkau di Hilton Bandung

Posted: 29 Jan 2019 07:48 AM PST

Hebat Vokal Adira Nyanyi PUJAAN HATI di Viewing Party

Posted: 28 Jan 2019 04:57 PM PST

Oh! Media

Oh! Media


Terengganu Kini Miliki Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama di Pantai Timur

Posted: 29 Jan 2019 03:04 AM PST


Terengganu terus bergerak ke hadapan apabila bakal menjadi pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia atau dikenali sebagai Aeronautical Rescue Sub Centre yang berlokasi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang akan memulakan operasi pada Februari ini.

Dr Mamad Puteh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, berkata pusat yang baru dibina oleh Kerajaan Persekutuan itu merupakan satu-satunya pusat bertaraf dunia yang ada di Pantai Timur.

Ini juga akan berfungsi sebagai tempat mencari dan menyelamat sekiranya berlaku sebarang kemalangan laut dan udari di negeri sekitarnya termasuk, Pahang dan Kelantan.

"Aeronautical rescue yang baru ditubuhkan, yang mana kita adalah satu-satunya lokasi (pejabat) yang ada di sini (Terengganu).

"Yang memberi respon awal berkaitan dengan aeronautical rescue sekiranya ada apa-apa kemalangan di sekitar sini, sama ada dari Kelantan ataupun di Pahang dengan secepat mungkin," ujarnya.

Dengan adanya pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia tersebut, sudah tentu ia akan merancakkan lagi pembangunan dan industri pelancongan di negeri Terengganu.

Sumber: TeganuKita


Syed Abdullah Pula Mohon Maaf - Sedia Terima Hukuman dan Harap Jadi Pengajaran Buat Anak Muda

Posted: 29 Jan 2019 10:50 AM PST


Berikutan dengan isu tersebarnya gambar seorang artis wanita Emma Maembong bersama abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah semalam, kini Syed Abdullah pula tampil secara terbuka meminta maaf kepada semua melalui update terbaru instagram miliknya.

"Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang. Janganlah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed dan rakan-rakan Syed. Biar saya berdepan dengan kesilapan saya.

"Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas nasihat anda dan sokongan moral yang saya terima. Saya menerima segala kritikan secara positif dan berjanji memperbaiki diri," tulisnya.

Syed Abdullah juga turut menegaskan bahawa pihak yang menyebarkan perkara ini tidak akan berjaya menggugat hubungan kekeluargannya dan dia sedia untuk dikecam dan berharap insiden berkenaan menjadi teladan bagi anak muda lain.



"Apology is not about saying I'm sorry, but its about the meaning you put behind the apology and admitting that you are the wrong part" Today, has been a tough day for me & my family. The challenges i face today, is but a fraction of accusations i have continuously faced and probably will continue facing being in the position i am in. To those who truly know me, thank you for standing by my side, sending me constant messages and reminding me to be strong. To my fellow Malaysians, I thank you for your advice, I thank you for your moral support. I shall acknowledge your criticism positively and promise to improve myself as a person. I am not perfect, i am but a human and i tend to make mistakes. "Syed mintak maaf ya Rakan-Rakan. Biarlah kesalahan syed dijadikan teladan bagi anak muda, supaya mengelakkan perkara seperti berikut berlaku pada diri masing-masing" I am so Sorry. For the mess i have caused & to those who have been affected. Ini semua salah Syed & kecuaian Syed seorang. Jangan lah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed & rakan2 Syed. Let me face the wrath of my mistakes. Let me take the beating. Let me face the punishment. To those spreading rumors i say this: I am stronger & will learn from my mistakes, the bonding between my family my brothers,sister & true friends remain untouched and undamaged despite accusations. Yours truly, Syed Abdullah
A post shared by Syed Abdullah (@syedabdullah1989) on

Dalam perkembangan lain, Kamal Adli yang juga pernah rapat berkawan dengan Emma Maembong turut meninggalkan kata-kata semangat buat Emma.

"Stay strong ya. ALLAH kan ada". tulis Kamal.


Ahmad Dhani Dipenjara Selama 18 Bulan - Konsert Dewa 19 Reunion Diteruskan

Posted: 29 Jan 2019 01:13 AM PST


Penyanyi terkenal Indonesia dari kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani Prasetyo kini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan selepas didapati bersalah setelah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.

Ini setelah Ahamad Dhani terbukti bersalah menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan dan melakukan kesalahan itu ketika proses pemilihan gabenor Jakarta mengikut laporan CNN Indonesia.

Walaubagaimanapun, hukuman ke atas dirinya diringankan kerana Ahmad Dhani tidak pernah dihukum selain berkelakuan baik selam dibicarakan.

Berikutan dengan konsert Dewa 19 Reunion Live yang akan diadakan di Malaysia pada 2 Feb ini pula , ia akan tetap diteruskan menurut siara media NIZRA Production.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Chelsea Bakal Terima Kunjungan United Bagi Memburu Slot Suku Akhir Piala FA

Posted: 28 Jan 2019 11:32 PM PST


Dalam peringkat 16 terbaik Piala FA, juara bertahan Chelas dijadualkan akan menerima kunjungan Manchester United bagi memburu slot ke pentas suku akhir bulan depan.

Perlawanan pada peringkat kalah mati ini dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 18 Februari ini. Walaubagaimanapun, bagi pasuan Manchester City pula, bakal menghadapi laluan mudah apabila diundi bersama Middlesbrough atau Newport County.

United sebelum ini telah berjaya menewaskan Arsenal 3-1 dan ia merupakan kemenangan 8 kali berturut-turut di bawah kendalian pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer.

Hanya tujuh pasukan utama masih kekal dalam perebutan ini, yang menyaksikan Crystal Palace akan melayan Doncaster, manakala Watford bakal berkunjung ke Portsmouth atau QPR.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Jurulatih Renang Dari Poland Kizierowski Tarik Diri Untuk Ke Malaysia

Posted: 28 Jan 2019 10:42 PM PST


Seorang jurulatih renang dari Poland iaitu Kizierowski membuat pusingan U apabila menarik diri untuk menjadi ketua jurulatih renang Malaysia yang bakal memulakan tugas selepas raya cina ini.

Keputusan ini dibuat selepas Kizierowski yang berpengalaman melatih skuad renang Sepanyol telah memuat naik status Facebook miliknya dan mengesahka keputusan untuk tidak menerima pelawaan Kesatuan Renang Amatur Malaysia, ASUM atas alasan polisi Malaysia berhubung larangan atlet Israel memasuki negara ini.

"Semalam (23 Januari) saya menerima tawaran menarik untuk menjadi jurulatih renang Malaysia. Antara alasan peribadi, saya menolaknya adalah kerana kenyataan terbaru dibuat ahli politik Malaysia berhubung tindakan tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara itu bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

"Tiada tempat dalam sukan untuk perkara sebegitu. Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti Malaysia yang menunjukkan kepercayaan dan memberi peluang kepada saya," katanya.

Ini bermakna, badan induk itu mungkin terpaksa membuat rombakan dengan menaikkan pangkat Chris Martin yang awalnya akan dibawa masuk sebagai jurulatih pembangunan kepada posisi utama selaku ketua jurulatih skuad senior.

Dalam masa yang sama, kebanyakan rakyat Malaysia yang digelar 'tentera bawang' telah menyerang facecook milik Kizierowski dan mununjukkan sokongan terhadap Plaestin.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tiga Chef Wakil Malaysia Juara Piala Dunia Pastri 2019 di Perancis

Posted: 28 Jan 2019 09:21 PM PST


Piala Dunia Pastri 2019 yang diadakan di Lyon, Perancis pada 27 hingga 28 Januari telah meletakkan tiga nama chef Malaysia yang berjaya mendapat tempat pertama dan mengharumkan nama Malaysia.

Kejayaan yang dirangkul oleh ketiga-tiga chef pastri, Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi lebih manis selepas berjaya mengatasi wakil tuan rumah yang sebelum ini bergelar juara untuk edisi 2017.

Wakil Malaysia berjaya mengalahkan wakil dari Jepun yang berada di tempat kedua dan wakil Itali yang berada di kedudukan ketiga.


Dalam saingan kali ini, sebanyak 21 wakil turut serta mewakili negara berbeza bagi merebut trofi paling berprestij dalam dunia pastri.

Setiap negara yang diwakili 3 peserta mempunyai masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa juadah antaranya 3 pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencucui mulut dihidang diatas pinggan dan 3 pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.

Untuk kali ini, dikatakan penganjur menampilkan sedikit kelainan apabila setiap hidangan perlu mencerminkan gaya hidup vegetarian.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Seorang Ibu Dipenjara Kerana Merokok Di Tempat Letak Kereta 2 Tahun Lepas

Posted: 28 Jan 2019 08:39 PM PST


Mahkamah Majistret Kota Bharu telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selam sebulan kepada seorang wanita selepas gagal membayar denda bagi kesalahan merokok di kawasan larangan merokok di tempat parkir di sebuah pasar raya pada dua tahun yang lalu.

Majistret Izzudin Mohd Shukri mengenakan hukuman itu selepas Nor Faezah Hamzah, 34, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Sebelum itu, tertuduh dikenakan denda sebnayak RM1,000 atau penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merokok di kawasan dilarang merokok iaitu di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di sini pada jam 9.15 malam, 17 Mac 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 11(1)(n) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan dihukum di bawah subperaturan 11(3) peraturan sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Walaubagaimanapun, tertuduh meminta hukuman penjara minimum bermula dari tarikh ditangkap kerana dia perlu menyara seorang anak berusia 16 tahun.

Tetapi, Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kesihatan Kelantan Mohd Nor Hussin memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Jiran Yang Suka Mencela Dan Mencaci

Posted: 28 Jan 2019 04:14 PM PST


Soalan:
Apakah terdapat panduan daripada hadith berkaitan jiran yang suka mencela dan mengeji keluarga saya atau adakah saya perlu berpindah atau bersabar dengan perbuatan tersebut?

Jawapan:
Agama Islam amat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kejiranan. Hal ini banyak diingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui hadith-hadithnya yang menyeru agar berbuat baik kepada jiran tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Antara firman Allah SWT yang menuntut agar berlaku kepada jiran adalah:

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." (al-Nisa':36)

Para ulama menyatakan di dalam ayat ini, Allah SWT mengikat ayat tuntutan untuk berlaku baik kepada jiran dengan ayat tuntutan agar menyembah Allah SWT tanpa melakukan syirik kepada-Nya. Ini menunjukkan tuntutan agar berlaku baik kepada jiran merupakan satu tuntutan yang besar sepertimana tuntutan agar menyembah Allah SWT. Untuk itu, Allah SWT menyediakan azab yang pedih buat orang yang suka menyakiti jirannya sepertimana yang akan jelaskan di bawah nanti.

Di antara hadith-hadith yang menceritakan akan kepentingan berlaku baik kepada jiran adalah:

Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya." [Riwayat Muslim (77)]

Daripada Abdillah bin 'Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ، وَخَيْرُ الجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ
"Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi (1944), Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]

Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
"Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku." [Riwayat al-Bukhari (6015)]

Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata daripada al-Qadhi 'Iyadh bahawa makna hadith ini adalah sesiapa yang beriltizam dengan syariat Islam maka wajib ke atasnya untuk memuliakan atau berlaku baik kepada jiran dan tetamunya. Semua ini menunjukkan akan kepentingan hak berjiran serta galakan memeliharanya. Ini kerana, Allah SWT telah berpesan atau mewasiatkan agar berlaku baik kepada mereka melalui firman-Nya di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. [Lihat: al-Minhaj 'ala Syarh Sahih Muslim, 18/2]

Demikian itu adalah beberapa buah hadith yang membicarakan berkaitan tuntutan agar berlaku baik kepada jiran kerana kedudukan jiran itu amat tinggi di dalam agama. Berdasarkan soalan di atas, kami ingin menukilkan sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW apabila seorang lelaki datang kepadanya dan mengadu akan perihal jirannya yang suka menyakitinya:

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْكُو جَارَهُ، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاصْبِرْ. فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِي الطَّرِيقِ. فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِي الطَّرِيقِ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ: فَعَلَ اللَّهُ بِهِ، وَفَعَلَ، وَفَعَلَ، فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ: ارْجِعْ لَا تَرَى مِنِّي شَيْئًا تَكْرَهُهُ
"Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu perihal jirannya. Maka Nabi SAW bersabda: "Pergilah serta bersabarlah." Setelah itu, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Nabi SAW bersabda: "Pergilah dan campakkanlah barang-barang di rumah kamu ke jalan." Lelaki tersebut kemudiannya mencampakkan barang-barang rumahnya ke jalan hingga menyebabkan orang-orang bertanya kepadanya. Lalu lelaki tersebut menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya yang menyebabkan manusia (yang mendengar cerita tersebut) melaknat jiran tersebut dengan mengatakan: "Allah akan membalas perbuatannya (mendoakan keburukan), Allah akan balas dan Allah akan balas." Selepas itu, lelaki tersebut didatangi oleh jiran tersebut dan jiran itu berkata: "Pulanglah, kamu tidak akan melihat (mendapati) sesuatu yang kamu benci itu lagi." [Riwayat Abu Daud (5153), sanadnya adalah baik menurut Syeikh Syu'aib al-Arna'outh]

Hadith ini menceritakan akan petunjuk Nabi SAW kepada lelaki ini apabila sentiasa disakiti oleh jirannya. Akan tetapi, berkemungkinan perbuatan atau cara tersebut biasa dilakukan oleh bangsa Arab pada zaman itu tetapi ia tidak lagi sesuai untuk dilakukan pada zaman ini. Tambahan pula, Imam Ibn Ruslan ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa di dalam hadith ini menunjukkan kelebihan bersabar dengan perihal jiran walaupun perkara tersebut berulang-ulang kali berlaku, di samping berusaha untuk mencegahnya mengikut kemampuan yang ada. Selain itu, hadith ini juga menunjukkan keharusan berdoa kepada orang yang menyakiti orang lain secara kuat (terang-terangan) sebagai pengajaran kepada orang tersebut serta meninggalkan perbuatan tersebut. [Lihat: Syarah Abi Daud, 440/19]

Kami berpandangan dalam isu ini, seseorang yang disakiti oleh jirannya sama ada dengan perbuatan atau ucapan perlulah bersabar terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada petunjuk atau hadyu nabawi di dalam hadith di atas. Sabar merupakan sifat yang sangat hebat dan ia merupakan sifat yang dikasihi oleh Allah SWT. Di samping itu juga, seseorang yang disakiti itu perlulah berusaha dan berikhtiar dengan sehabis-baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti menasihatinya dengan penuh hikmah, berbuat ihsan (baik) kepadanya walaupun dibalas dengan kejahatan, membantu mereka di dalam kesusahan, menggunakan saluran yang tepat dalam menegur dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan dengan cara sebegini akan melembut hatinya dan tidak lagi akan menyakiti orang tersebut. Selain itu, doa juga merupakan salah satu elemen yang penting dan tidak patut diabaikan kerana hanya Allah SWT sahaja yang mampu membaca dan mengubah hati seseorang itu. Sekiranya, seseorang itu telah berusaha dan berikhtiar, berpindah dari tempat tersebut merupakan langkah yang terakhir bagi seseorang yang mampu melakukan sedemikian.

Hukuman Bagi Orang Yang Menyakiti Jirannya

Di sana terdapat hadith yang menceritakan akan akibat dan balasan yang akan diterima bagi orang yang suka menyakiti jirannya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
"Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya." [Riwayat Muslim (73)]

Di dalam hadith yang lain pula, juga daripada Abu Hurairah RA berkata:

قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا، وَصِيَامِهَا، وَصَدَقَتِهَا، غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا، قَالَ: هِيَ فِي النَّارِ
Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya." Lalu Nabi SAW bersabda: "Dia akan masuk ke dalam neraka." [Riwayat Ahmad (9675), sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada Syeikh Syu'aib al-Arna'outh]

Berdasarkan kedua hadith ini, orang yang suka menyakiti jirannya sama ada dengan perbuatannya atau lisannya (ucapannya) maka orang seperti ini akan dicampakkan ke dalam api neraka di akhirat kelak walaupun dia merupakan seorang yang banyak melakukan ibadah.

Penutup

Kesimpulannya, kita dituntut untuk berlaku baik kepada jiran kerana tuntutan tersebut datang daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Selain itu juga, Allah SWT menyediakan hukuman yang berat kepada orang-orang suka menyakiti jirannya. Tambahan pula, Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang menimpa serta berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti. Amin.

Wallahua'lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Guna Selimut Berjahit Ketika Ihram Dalam Pesawat

Posted: 28 Jan 2019 03:54 PM PST


Soalan:
Saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Ihram di Qarnul Manazil. Dalam pesawat, saya dibekalkan kain selimut yang berjahit. Bolehkah saya menggunakan selimut itu?

Jawapan:
Berkenaan persoalan di atas, boleh menggunakan selimut itu selagi belum sampai di Qarnul Manazil (miqat). Akan tetapi sejurus selepas berihram dan melepasi Qarnul Manazil, maka hanya boleh menggunakan dengan menutup sekadar leher sahaja tanpa menutup muka bagi jemaah perempuan dan kepala bagi jemaah lelaki. Ini kerana ia termasuk dalam larangan ihram.

Nabi SAW melarang lelaki yang di dalam ihram daripada menutup kepala. Para sahabat pernah bertanya berkenaan aturan pemakaian ketika dalam ihram, lalu Baginda SAW bersabda:

لَا يَلْبَسُ الْقَمِيصَ وَلَا الْعِمَامَةَ وَلَا السَّرَاوِيلَ وَلَا الْبُرْنُسَ وَلَا ثَوْبًا مَسَّهُ الْوَرْسُ أَوْ الزَّعْفَرَانُ
"(Orang yang dalam ihram) tidak boleh memakai baju, imamah (penutup kepala), seluar, burnus (baju yang ada penutup kepala), atau baju yang dicelup wars (tanaman yang digunakan untuk mewarnakan kain menjadi kekuningan), atau yang dicelup za'faran (tanaman yang digunakan untuk mewarnakan dan memberikan bau khas pada kain)." [Riwayat al-Bukhari (134), Ahmad (4482)]

Dalam sebuah hadis yang lain berkenaan orang yang mati ketika dalam ihram, Nabi SAW lalu memberikan arahan tentang cara untuk mengkafannya dan menyuruh agar tidak menutup kepalanya. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau menceritakan bahawa ada orang yang terpelanting daripada unta ketika dalam ihram, lalu Baginda SAW bersabda:

اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ ، وَكَفِّنُوهُ فِى ثَوْبَيْنِ ، وَلاَ تُحَنِّطُوهُ وَلاَ تُخَمِّرُوا رَأْسَهُ ، فَإِنَّهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَبِّيًا
"Mandikan dia dengan air dan bidara, kafankan dia dengan dua helai kain, jangan diberi wangian, dan jangan ditutup kepalanya. Sesungguhnya dia akan dibangkitkan sambil melantunkan talbiyah." [Riwayat al-Bukhari (1265) dan Muslim (2948)]

Selain itu, Baginda SAW juga melarang wanita yang dalam ihram daripada menutup muka. Sabda Baginda SAW:

وَلَا تَنْتَقِبْ الْمَرْأَةُ الْمُحْرِمَةُ وَلَا تَلْبَسْ الْقُفَّازَيْنِ
"Janganlah wanita yang berada di dalam ihram memakai niqab (penutup muka) dan jangan juga memakai sarung dua tangannya." [Riwayat al-Bukhari (1838)]

Oleh itu, jelas apabila sudah berihram, maka selimut hanya boleh digunakan dengan menutup sekadar leher sahaja tanpa menutup muka bagi jemaah perempuan dan kepala bagi jemaah lelaki. Hal ini kerana ia termasuk dalam larangan ihram. Akan tetapi, jika sebelum daripada Qarnul Manazil, seperti di KLIA, maka dibolehkan.

Semoga Allah mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan Syariat-Nya. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Adakah Solat Berjemaah Selain Di Masjid Dapat Ganjaran 27 Kali Ganda?

Posted: 28 Jan 2019 03:44 PM PST


Soalan:
Adakah solat jemaah selain dari masjid tidak mendapat 27 kali ganda pahala?

Jawapan:
Solat jemaah dari segi syara' bermaksud menyambungkan solat yang dilakukan dengan mengikut perbuatan imam. Ia merupakan satu syiar yang perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat islam. Ia juga merupakan satu wasilah dan cara untuk memupuk mahabbah dan kasih sayang serta semangat tolong menolong antara sesama muslim.Ia adalah sunnah muakkadah dan makruh hukumnya meninggalkan solat berjemaah. Pensyariatan solat jemaah boleh dilihat melalui beberapa dalil daripada Al-Quran, hadis dan ijmak.

Al-Quran

Firman Allah SWT :

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ ٱلصَّلَوٰةَ
"Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka." (Surah Al-Nisa': 102)

Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan: "Perintah ini diturunkan ketika waktu perang, maka sudah semestinya lebih utama dilakukan ketika dalam keadaan aman." [Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma'rifah Alfaz Al-Minhaj (1/350)]

Hadis

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
"Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat." [Riwayat Muslim (1509)]

Di dalam riwayat lain menyatakan :

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا
"Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian." [Riwayat Muslim (1504)]

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. [Rujuk Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab, 4/183]

Ijmak

Telah berlaku ijmak di kalangan para sahabat bahawa solat secara berjemaah adalah sangat dituntut. Khususnya setelah Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah. [Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma'rifah Alfaz Al-Minhaj, 1/350]

Jika ada yang mendirikan solat secara berjemaah yang paling kurang mempunyai sorang imam dan makmum, maka dia tetap akan mendapat ganjaran berdasarkan hadis. Ini termasuklah solat jemaah yang dilakukan suami bersama isteri, ketika di R&R dan lain-lain.

Namun begitu, solat berjemaah yang paling baik dan afdal adalah yang didirikan di masjid. Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW yang sangat mengambil berat akan solat berjemaah yang dilakukan di masjid. Antaranya :

1. Daripada Abu Hurairah :

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
"Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik." [Riwayat Muslim (1556)]

2. Nabi SAW bersabda lagi di dalam sebuah hadis yang lain :

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
"Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardhukan oleh Allah, maka kedua-dua langkah kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat." [Riwayat Muslim (1553)]

3. Nabi SAW secara terang menyebut bahawa solat fardu secara berjemaah di masjid lebih baik dari solat berjemaah di rumah. Nabi SAW bersabda :

فَصَلُّوا أَيُّهَا النَّاسُ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلَّا الْمَكْتُوبَةَ
"Wahai manusia solatlah (solat nafilah) di rumah kalian.Sesungguhnya sebaik-baik solat sunat bagi seseorang adalah di rumahnya kecuali solat fardhu." [Riwayat Al-Bukhari (731)]

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani yang dimaksudkan adalah solat lima waktu perlu didirikan di masjid. [Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, 2/214]

Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan yang paling baik adalah solat lima waktu di masjid. [Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma'rifah Alfaz Al-Minhaj,1/351]

4. Nabi SAW pernah menyebut :

وَإِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ وَحْدَهُ ، وَصَلاَتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ مَعَ الرَّجُلِ ، وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللهِ تَعَالَى
"Solat seorang lelaki bersama lelaki yang lain lebih elok dari solat secara bersendirian. Dan solatnya bersama dua orang lelaki lebih elok dari solat bersama seorang lelaki. Dan lebih banyak itulah yang paling disukai oleh Allah SWT." [Riwayat Abu Daud (554)]

5. Nabi SAW memberikan amaran keras bagi sesiapa yang tidak hadir solat berjemaah di masjid. Sabda Nabi SAW :

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى مَنَازِلِ قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ
"Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka." [Riwayat Al-Bukhari (2420)]

6. Ibnu Mas'ud menyebut :

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِي ، ثُمَّ لَمْ يُجِبْ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ ، فَلاَ صَلاَةَ لَهُ
"Siapa yang mendengar azan akan tetapi tidak menyahutnya (pergi solat di masjid) tanpa uzur maka tiada solat baginya." [Riwayat Ibn Abi Syaibah (3486) di dalam Al-Musannaf]

Berdasarkan hadis-hadis dan athar yang telah dibentangkan, kami menyatakan bahawa solat berjemaah yang dilakukan di masjid adalah lebih baik. Ia juga lebih menetapi tujuan solat jemaahnya itu diperintahkan iaitu memupuk kasih sayang dan penyatuan antara muslim. Begitu juga mereka yang hadir menunaikan solat jemaah termasuk di dalam mereka yang sentiasa memakmurkan rumah Allah. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّـهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّـهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Taubah : 18)

Kesimpulannya, jika solat jemaah didirikan selain daripada masjid maka ia tetap mendapat pahala berjemaah berdasarkan hadis. Ini kerana solat jemaah paling kurang ada seorang imam dan seorang makmum. Tidak kiralah di mana ia dilakukan. Namun begitu, paling baik dan lebih afdal untuk hadir solat berjemaah di masjid. Itu lebih menepati tujuan solat jemaah itu didirikan iaitu memupuk kasih sayang dan penyatuan antara muslim. Di samping memakmurkan rumah Allah SWT.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa hadir menunaikan solat berjemaah di masjid. Wallahu'alam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan