Wednesday, April 3, 2019

Oh! Media

Oh! Media


Penutup Jaring Kipas Akan Sukarkan Penerbangan Vector

Posted: 02 Apr 2019 04:30 AM PDT


Vector, satu nama yang diberikan kepada rekaan kereta terbang milik Malaysia yang dipamerkan di LIMA, Langkawi dan menjadi perbualan dan kritikan ramai orang sekarang.

Namun, menurut penganalisi penerbangan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atau MB Terengganu, melihat kepada rekaan bentuk kereta terbang pertama Malaysia itu, maka perjalanan kita masih jauh.

Dr Ahmad Samsuri juga melihat rekaan berkenaan terganggu pada bahagian penutup jaring kipas bahagian atas yang hanya akan menyebablan angin yang keluar di bawah dalam keadaam seragam, namun akan mengurankan tujahan bagi mengangkat kenderaan lebih tinggi.

"Sekiranya reka bentuk dan pembinaannya menepati kejuruteraan dan segala prinsip, maka ia boleh berada di udara. Saya percaya, tentunya syarikat berkenaan mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan, tetapi melihat kepada reka bentuk itu saya kira perjalanannya masih jauh.

"Jika ia adalah projek pelajar saya, komen awal akan diberikan terhadap reka bentuk pelik penutup berjaring di atas kipas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri memberitahu, pembangunan kereta terbang itu bukan sesuatu yang perkara mustahil kerana ia tidak berlawanan dengan prinsip kejuruteraan bahkan, sudah ada kenderaan yang mampu berada di ketinggian tertentu seperti dron yang mampu menjadikan manusia sebagai bebannya.

Serpihan Setelit India Yang Ditembak Musnah Beri Bahaya Baru di Angkasa

Posted: 02 Apr 2019 04:19 AM PDT


Kerajaan India sebelum ini ada memaklumkan bahawa mereka telah berjaya menembak dan memusnahkan setelit yang berada di angkasa dan menurut NASA, tindakan itu akan menghasilkan lebih 400 serpihan orbital yang akan memberikan bahaya baru kepada angkasawan di Stesen Angkas Lepas Antarabangsa (ISS).

"Apa yang kami kesan ketika ini ialah objek yang cukup besar untuk dikesan, kita bercakap mengenai serpihan berukuran 10 sentimeter atau lebih, kira-kira 60 kepingan sudah dikesan," kata Pentadbir NASA, Jim Bridenstine.

Satelit India dimusnahkan pada altitud agak rendah iaitu 180 kilometer di bawah ISS dan kebanyakan satelit pada orbit. Namun katanya, 24 serpihan 'berada di atas apogi ISS.'

Tentera AS mengesan objek di angkasa lepas untuk meramalkan risiko pertembungan ISS dan satelit. Ketika ini mereka mengesan 23,000 objek bersaiz lebih besar daripada 10sm.

Walaubagaimanapun, kebanyakan serpihan akan terbakar ketika memasuki atmosfera bumi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tudung Periuk Ning Baizura Terpaksa Ditutup - Ingin Buka Sebuah Lagi Restoran

Posted: 02 Apr 2019 02:16 AM PDT


Penyanyi Ning Baizura menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah lagi restoran dengan konsep yang agak berlainan selepas terpaksa menutup restoran yang baru dibukanya 3 bulan yang lalu.

Restoran Tudung Periuk yang dibuka Ning pada tahun lalu itu terpaksa ditutup atas punca sukar mencari tukang masak yang menyebabkan banyak hidangan tidak dapat disediakan.

"Terkilan juga kerana restoran itu adalah simbolik kepada legasi arwah bapa yang pernah mengusahakan perniagaan makanan. Hasrat untuk meneruskan perniagaan masih ada, memandangkan bidang nyanyian bukan lagi punca utama pendapatan saya," katanya.

Konsep terbaru yang dikongsikan Ning bagi restoran yang dalam perancangannya ini adalah untuk menyediakan sebuah tempat khas untuk artis bernyanyi memandangkan peminat yang berkunjung ke kedainya ingin melihat dia bernyanyi, tetapi tidak dapat menunaikan permintaan itu.

"Justeru, saya bercadang untuk membuka restoran yang mempunyai tempat khas untuk artis menyanyi. Bukan hanya saya, sebaliknya rakan artis lain juga berpeluang membuat persembahan di situ.

"Saya dan rakan kongsi sudah mengenali pasti lokasi yang sesuai, berkemungkinan di Bangsar," katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Presiden PAS Abdul Hadi Dimasukkan ke IJN

Posted: 02 Apr 2019 02:16 AM PDT


Malam tadi dimaklumkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Berita yang dikongsikan oleh Setiausaha Politik Hadi, Syahir Sulaiman  di laman Facebook dengan tulisan, "Bersama kita doakan kesihatan Datuk Seri Tuan Guru, Terima kasih.".

Hadi dikatakan membuat pemeriksaan telah dinasihatkan untuk berehat di IJN bagi mendapatkan rawatan susulan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tok Mat Isytihar Harta Setiap Tahun di SPRM Semasa Menjadi Menteri Besar

Posted: 02 Apr 2019 12:19 AM PDT


Datuk Seri Mohamad Hassan atau Tok Mat yang akan bertanding di PRK Rantau menyatakan bahawa beliau tiada keperluan untuk mengisytiharkan harta seperti yang diminta parti lawan kerana sudah tidak bergelar Menteri Besar.

Untuk pengetahunan anda, pengisytiharan harta ini bukanlah perkara baru, memandangkan Tok Mat menyatakan dirinya akan pergi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM pada setiap penggal bagi pengistiharan hartanya.

"Saya setiap penggal isytihar harta dengan SPRM, pergilah semak dengan mereka. Setiap tahun saya kena isytihar harta, bukan saja-saja jadi Menteri Besar", jelasnya.

Tok Mat juga menyatakan bahawa kini hartanya semakin susut dan tidak bertambah serta terpaksa menjual rumah, kereta dan tanah bagi mengurangkan komitmen yang perlu ditanggung kerana tiada pendapatan. Kini hanya bergantung pada pencen dan elaun wakil rakkyat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Belanda Berjaya Hasilkan Kereta Terbang Pertama Dunia - Dijual Pada Harga RM2,286,350

Posted: 02 Apr 2019 12:39 AM PDT


Kereta terbang menjadi satu isu yang sering diperkatakan sekarang selepas Malaysia dikatakan bakal mengeluarkan kereta terbang menjelang wawasan 2020.

Namun, bukan Malaysia sahaja yang ingin mengeluarkan kereta terbang ini, kerana banyak lagi negara di dunia ini telahpun mengeluarkan rekaan atau konsep kereta terbang mereka.

Terbaru, Belanda telah memulakan inisiatif membina kereta terbang pertama di dunia dan telahpun direalisasikan oleh syarikat PAL-V selepas mereka buat pertama kalinya mempamerkan kenderaan terbang itu pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2019.


PAL-V juga dikatakan telah melakukan pandu uji kereta terbang itu pada 2012 dan mereka telah memulakan kajian seawal tahun 2008 lagi.

Menurut syarikat itu, model yang ditayangkan pada GIMS 2019 adalah edisi terhad dinamakan sebagai PAL-V Liberty Pioneer.

Melihat kepada spesifikasi, kereta terbang itu adalah seberat 664 kilogram dan ia hanya mampu membawa dua orang termasuk pemandu/juruterbang.


Selain itu, ia juga hanya memerlukan 3 hingga 5 minit untuk pertukaran dari mod kenderaan kepada mod terbang yang juga mampu menghasilkan 00 kuasa kuda (hp) dengan jarak perjalanan 1,315 kilometer dengan mencatatkan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) serta melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j kurang dari sembilan saat.



Nampaknya, Malaysia tidak dapat menjadi negara pertama didunia mengeluarkan kereta terbang ini apabila PAL-V memaklumkan pihaknya telahpun berjaya menjual 75 unit dan akan diserahkan pada penghujung tahun ini yang dijual pada harga 500,000 Euro atau RM2,286,350.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

26 Anggota Maut Setakat Ini - Hutan Terbakar di China

Posted: 01 Apr 2019 10:16 PM PDT


Kini, seramai 26 anggota bomba maut, selepas ratusan pasukan itu dihantar untuk mengawal kebakaran hutan di kawasan pergunungan terpencil di wilayah Sichuan, barat daya China, pada hujung minggu lalu.

Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan, hampir 700 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu yang tercetus, Sabtu lalu, di lereng curam pada ketinggian 4,000 dari paras laut di negeri Muli.

"Pihak berkuasa putus hubungan degan 30 anggota bomba, tengah hari Ahad lalu, selepas perubahan arah angin secara tiba-tiba menyalakan 'bebola api besar'," menurut kenyataan kementerian itu.

Penyelamat sudah menemui 26 mayat dan masih mencari kru hilang yang lain.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Hadith Palsu Berkaitan Solat 5 Waktu

Posted: 01 Apr 2019 05:12 PM PDT


Soalan:
Apakah status hadith ini?

تَرْكُ صَلَاةِ فَجْرِ وَاحِدَة: سَيُدْخِلُ جَهَنَّمُ لِثَلَاثِيْنَ عَامًا، أَوْ سِتِّيْنَ أَلْف عَامٍ مِنْ أَعْوَامِ الدُّنْيَا. تَرْكُ صَلَاةِ الظُّهْرِ يُعَادِل خَطِيْئَة قَتْل أَلْفَ مُسْلِم. تَرْكُ صَلَاةِ العَصْرِ: يُعَادِل خَطِيْئَة هَدْمِ الكَعْبَةِ. تَرْكُ صَلَاةِ المَغْرِبِ: يُعَادِل الزِّنَا بِالأَبَوَيْنِ. تَرْكُ صَلَاةِ العِشَاءِ، لَنْ يُبَارِكَ لَهُ الله فِي بَقَائِهِ عَلَى الأَرْضِ، تَحْتَ سَمَائِهِ أَوْ فِي مَطْعَمِهِ وَمَشْرَبِهِ
"Meninggalkan satu kali solat Subuh, akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan dengan 60000 tahun di dunia. Meninggalkan satu kali solat Zohor, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam. Meninggalkan satu kali solat Asar, dosanya sama dengan meruntuhkan Kaabah. Meninggalkan satu kali solat Maghrib, dosanya sama seperti berzina dengan orang tua. Meninggalkan satu kali solat Isyak, tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya."

Jawapan:

Hukum hadith

Riwayat ini tidak diketahui asalnya dan ia adalah palsu. Justeru itu, haram bagi kita untuk menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Ini kerana, menyandarkan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah SAW adalah satu dosa yang besar.

Tambahan pula, terdapat sebuah lagi hadith yang hampir sama dengan hadith di atas tetapi ia tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar iaitu:

مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الصُّبْحِ فَلَيْسَ فِي وَجْهِهِ نُوْرٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الظُّهْرِ فَلَيْسَ فِي رِزْقِهِ بَرَكَةٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ العَصْرِ فَلَيْسَ فِي جِسْمِهِ قُوَّةٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ المَغْرِبِ فَلَيْسَ فِي أَوْلَادِهِ ثَمَرَةٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ العِشَاءِ فَلَيْسَ فِي نَوْمِهِ رَاحَةٌ
"Barangsiapa yang meninggalkan solat Subuh, maka tidak ada cahaya pada wajahnya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Zohor, maka tidak ada keberkatan pada rezekinya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar, maka tidak ada kekuatan pada jasadnya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Maghrib, maka tidak ada buah atau hasil yang boleh dipetik daripada anak-anaknya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Isya', maka tidak ada kenyamanan di dalam tidurnya."

Hukum hadith

Riwayat ini juga tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar dan ia adalah riwayat atau hadith yang palsu. Justeru itu, haram bagi kita untuk menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Tambahan pula, menyandarkan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah SAW adalah satu dosa yang besar sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadith-hadith yang sahih berkaitan larangan berdusta di atas nama Nabi SAW.

Penutup

Kesimpulannya, kedua hadith atau riwayat di atas tidak sahih daripada Nabi SAW. Selain itu juga, haram ke atas kita untuk meriwayatkan atau menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya dan ini termasuk di dalam kewajipan kita untuk memelihara Rasulullah SAW daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW. Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ
"Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta." [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Wallahua'lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Status Kisah Kehamilan Wanita Mandul Di Zaman Nabi Musa A.S

Posted: 01 Apr 2019 05:05 PM PDT


Soalan:
Apakah status kisah ini berkaitan mukjizat doa dan kelebihan mengucapkan perkataan "Ya al-Rahim"?     

Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: "Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seorang zuriat." Lalu Nabi Musa meminta kepada Allah akan hal itu. Allah menjawab: "Wahai Musa! Aku telah menetapkannya sebagai seorang wanita yang mandul." Nabi Musa menyampaikan hal itu kepada wanita tersebut. Selepas beberapa waktu berlalu, Nabi Musa mendapati wanita itu mengendong seorang anak kecil. Nabi Musa bertanya: "Siapakah anak yang bersama dengan kamu itu?" Wanita itu menjawab: "Ini adalah anakku yang mana Allah telah mengurniakannya kepadaku." Kemudian Nabi Musa bertanya kepada Allah: "Bukankah Engkau telah tetapkan wanita itu sebagai seorang yang mandul?" Allah menjawab: "Wahai Musa! Setiap kali kutentukan dia adalah seorang yang mandul, dia akan berkata (berdoa): "Wahai al-Rahim (Yang Maha Penyayang)! Setiap kali Kamu tetapkan kepadaku sebagai seorang yang mandul, Wahai Zat Yang Maha Penyayang." Dengan itu, kasih sayang-Ku melebihi daripada ketentuan-Ku."

Jawapan:
Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Justeru itu, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." [Al-Ghafir:60]

Imam Ibn 'Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang islam. [Lihat: Tafsir Ibn 'Asyur, 183/24]

Berdasarkan kepada kisah di atas, kami sama sekali tidak menemui asalnya dan begitu juga kami tidak mendapatkan kisah ini daripada kitab-kitab yang muktabar. Justeru itu, kami cenderung kepada ketidaksahihan kisah ini dan kita tidak boleh sama sekali menisbahkannya kepada Nabi Musa AS.

Penutup

Kesimpulannya, kisah tersebut adalah tidak sahih kerana tidak diketahui sumbernya. Tambahan pula, doa merupakan senjata buat orang beriman dan doa sememangnya boleh mengubah takdir sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang doanya dimustajabkan. Amin.

Wallahu'alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Mewakafkan Harta Kepada Orang Bukan Islam

Posted: 01 Apr 2019 04:44 PM PDT


Soalan:
Saya mempunyai kawan baik yang tidak beragama Islam. Bolehkah saya ingin mewakafkan sebahagian harta saya kepada kawan saya itu sebagai tanda terima kasih kerana dia banyak membantu saya selama ini?

Jawapan:
Amalan mewakafkan harta merupakan satu amalan mulia yang sangat digalakkan dalam Islam. Wakaf termasuk salah satu daripada bentuk sedekah jariah yang berkekalan ganjarannya walaupun selepas kematian seseorang itu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

إِذَا مَاتَ الإنْسَانُ انْقَطَعَ عنْه عَمَلُهُ إِلَّا مِن ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِن صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له
"Apabila seseorang itu meninggal dunia, terputuslah amalan daripadanya melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya." [Riwayat Muslim (1631)]

Wakaf dari segi bahasa bermaksud "الحبس" iaitu menahan. Dari segi istilah syara', wakaf bermaksud menahan sesuatu harta yang tidak berkurang fizikalnya serta boleh digunakan dan diambil manfaat darinya dengan cara menyerahkan hak miliknya kepada seorang pengguna yang wujud dan harus menggunakannya. [Rujuk Mughni al-Muhtaj (2/376)]

Mengenai persoalan yang diajukan, iaitu hukum orang Islam mewakafkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang bukan Islam, ulama' bersepakat bahawa diharuskan untuk orang Islam mewakafkan harta mereka kepada orang bukan Islam. Mereka mengharuskannya dengan beberapa syarat, iaitu:

  • Orang bukan Islam tersebut bukan terdiri daripada mereka yang menentang dan memerangi Islam.
  • Orang bukan Islam tersebut itu bukan merupakan seorang yang telah murtad daripada Islam.
  • Tidak mewakafkan mushaf al-Quran dan yang seumpama dengannya seperti buku-buku agama kepada orang bukan Islam.
  • Tidak mewakafkan sesuatu kepada orang bukan Islam yang secara jelas boleh membawa kepada perbuatan maksiat atau perkara yang dilarang dalam Islam seperti mewakafkan harta kepada penjaga kuil atau gereja untuk mereka gunakan bagi memberikan perkhidmatan di kuil atau gereja tersebut.
  • Tidak mewakafkan harta kepada orang bukan Islam jika terdapat ahli keluarga yang miskin dan lebih memerlukan bantuan daripadanya.

[Rujuk Mughni al-Muhtaj (3/528-531), Tuhfah al-Muhtaj (6/244), Fath al-Qadir (3/325), Syarh Mukhtasar al-Khalil (7/80), al-Mughni (5/377)]

Dalil keharusan mewakafkan harta kepada orang bukan Islam adalah bersandarkan kepada al-Quran, hadith Nabi SAW dan athar sahabat, antaranya ialah:

1. Al-Quran

لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوَهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُقْسِطِينَ
"Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [Surah al-Mumtahanah: 8]

Sebahagian ahli tafsir meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan kepada Asma' binti Abu Bakar RA yang datang bertemu Nabi SAW dan bertanya adakah dia boleh berbuat baik terhadap ibunya yang datang kepadanya dalam keadaan masih lagi belum memeluk agama Islam. Ibu Asma' tersebut adalah Qutailah dan telah diceraikan oleh Abu Bakar RA ketika zaman Jahiliyyah. [Rujuk al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, Tafsir al-Qurtubi (18/59)]

Telah berkata Sheikh Abdur Rahman as-Sa'adi Rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik, menyambung silaturrahim, memberi ganjaran dan berlaku adil kepada orang yang bukan Islam, sama ada ahli keluarga kamu ataupun tidak, selagi mana mereka tidak memerangi agama kamu dan tidak menghalau kamu dari negerimu." [Rujuk Taisir al-Karim ar-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan (hlm. 856)]

2. Hadith Nabi SAW:

أنَّ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قالَ: بَيْنا رَجُلٌ يَمْشِي، فاشْتَدَّ عليه العَطَشُ، فَنَزَلَ بئْرًا، فَشَرِبَ مِنْها، ثُمَّ خَرَجَ فإذا هو بكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فقالَ: لقَدْ بَلَغَ هذا مِثْلُ الذي بَلَغَ بي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أمْسَكَهُ بفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ له، فَغَفَرَ له، قالوا: يا رَسولَ اللَّهِ، وإنَّ لنا في البَهائِمِ أجْرًا؟ قالَ: في كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أجْرٌ
Sessungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika mana seorang lelaki dalam perjalanan, dia merasa sangat haus. Maka dia masuk ke dalam sebuah telaga, lalu minum air dari telaga tersebut. Kemudian dia keluar dari telaga tersebut dan melihat seekor anjing yang menjulurkan lidahnya serta menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Lelaki itu pun berkata: "Anjing ini sedang merasai apa yang telah aku rasai." Lalu dia turun kembali ke dalam telaga tersebut dan memenuhkan sepatunya dengan air, membawanya ke atas dengan menggigit sepatu itu, dan seterusnya memberikan anjing itu minum. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya." Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, jika kami mengasihi binatang, adakah kami memperolehi pahala?" Baginda SAW bersabda: "Pada setiap jiwa yang bernyawa terdapat padanya pahala." [Riwayat al-Bukhari (2363) dan Muslim (2244)]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani Rahimahullah telah berkata: "Daripada hadith ini terdapat padanya galakan untuk berbuat baik antara sesama manusia. Ini kerana jika seseorang itu memperoleh keampunan disebabkan memberi minum kepada anjing, maka memberi minum kepada orang Islam lebih besar ganjarannya dan ia menjadi dalil bahawa harus memberi sedekah kepada orang Musyrik (orang bukan Islam)." [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (5/42)]

3. Athar Sahabat

Imam ad-Darimi, al-Baihaqi dan ibn Abi Syaibah Rahimahumullah meriwayatkan dengan lafaz yang hampir sama bahawa isteri Nabi SAW, Sofiyyah binti Huyay RA pernah mewakafkan sebahagian hartanya kepada saudara lelakinya yang tidak beragama Islam (Yahudi). [Rujuk Sunan ad-Darimi (2/517), Sunan a-Kubra (6/281), Musannaf ibn Abi Syaibah (6/212)]

Ulama' juga bersepakat bahawa orang Islam tidak boleh dan tidak sah mewakafkan harta mereka kepada orang bukan Islam jika orang bukan Islam tersebut terdiri daripada golongan yang kuat menentang dan memerangi Islam atau merupakan seorang yang telah murtad daripada Islam. [Rujuk Mughni Muhtaj (3/529), Tuhfah al-Muhtaj (6/244), Syarh Mukhtasar Khalil (7/81), Hasyiyah Ibn 'Abidin (4/342), Kasyaf al-Qina' (4/247)]

Para ulama' memberikan beberapa hujah di atas perkara ini, antaranya ialah:

  • Keumuman makna ayat al-Qur'an dalam surah al-Mumtahanah, ayat ke-9:

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
"Sesungguhnya Allah SWT melarang kamu menjadikan mereka yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari negerimu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu sebagai teman rapat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka sebagai teman rapat, maka mereka termasuk orang-orang yang zalim." [Surah al-Mumtahanah: 9]

  • Salah satu daripada syarat waqaf adalah tidak mewaqafkan harta dalam perkara-perkara maksiat. Mewakafkan harta kepada mereka yang menentang Islam atau keluar daripada Islam akan membawa kepada maksiat kerana akan menyebabkan mereka kekal dalam kekufuran dan juga membantu mereka secara tidak lansung untuk menyerang Islam.
  • Wakaf adalah salah satu bentuk sedekah jariah, sedangkan golongan yang menentang Islam dan keluar daripada Islam adalah golongan-golongan yang diperintahkan oleh syara' untuk diperangi. Maka, tidak boleh memberikan apa-apa bentuk sedekah kepada mereka.
  • Pemberian wakaf kepada dua golongan ini adalah bertentangan dengan kemuliaan Islam yang perlu dipelihara.

Kesimpulan

Harus bagi orang Islam mewakafkan sebahagian daripada harta mereka kepada orang bukan Islam jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama'.

Namun begitu, kami berpandangan adalah lebih utama untuk mewakafkan harta bagi kepentingan umat Islam secara khusus. Jika terdapat keperluan mewakafkan harta yang boleh dimanfaatkan oleh semua tanpa mengira agama seperti mewakafkan tempat untuk proses pembelajaran, mewakafkan mesin hemodialisis, penapis air, tempat berteduh dan lain-lain, maka ia merupakan suatu yang baik untuk dilakukan. Semoga pahala daripada amal kebajikan yang dilaksanakan berpanjangan dan terus mengalir tanpa henti.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media