Sunday, April 7, 2019

Oh! Media

Oh! Media


Nelydia Senrose Selamat Menjadi Isteri Kepada Jejaka Pilihan Hati

Posted: 06 Apr 2019 06:38 AM PDT


Akhirnya persoalan telah terjawab apabila pelakon Nelydia Senrose yang kini berumur 24 tahun telah bergelar sebagai seorang isteri kepada seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di sini.


Sebelum acara akad nikah, majlis yang yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak menyaksikan Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat.

"Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

"Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah," katanya.

Esok, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Harga Runcit RON97, RON95 dan Diesel Kekal

Posted: 06 Apr 2019 05:27 AM PDT


Semalam, telah dikemaskini harga runcit terbaru petrol RON97, RON95 dan diesel yang kesemuanya menunjukkan tiada perubahan yang kekal pada kadar RM2.63 seliter, RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu adalah bagi tempoh 6 April sehingga 12 April ini.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April sehingga 12 April ini sepatutnya masing-masing adalah sebanyak RM2.33 seliter, dan RM2.36 seliter iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya.

"Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Virgin Airlines Tamat Perjanjian Bersama Royal Brunei Airlines

Posted: 06 Apr 2019 03:26 AM PDT


Nampaknya lebih banyak lagi pihak-pihak yang semakin panas dengan keputusan kerajaan Brunei yang kini telah melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya pada Rabu lalu.

Kini, giliran syarikat penerbangan Virgin Airlines pula membuat keputusan untuk membatalkan perjanjian yang dibuat mereka bersama Royal Brunei Airlines sebagai tindak balas berhubung perkara itu.

Virgin Airlines yang dimiliki oleh Richard Branson merupakan syarikat kedua terbesar selepas Qantas dan kini membatalkan perjanjian yang sepatutnya memberi kelebihan kepada kakitangan mereka untuk dapatkan harga tiket di Royal Brunei Airlines dengan diskaun yang tinggi bagi penerbangan percutian.

"Hukuman yang berat termasuk hukuman mati diperkenalkan sebagai undang-undang terhadap tindakan atau perlakuan yang sah di Australia, perjanjian myID (perjalanan staf) antara Virgin Australian dan Royal Brunei dibatalkan serta-merta," tulis e-mel yang dihantar Virgin kepada kakitangan mereka.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Nelydia Senrose Nikah Hari Ini?

Posted: 06 Apr 2019 12:30 AM PDT


Pelakon Nelydia Senrose semalam ada membuat satu perkongsian di Instagram miliknya dengan memberi bayangan bahawa akan berlangsung hari pernikahannya bersama seorang jejaka pilihan hati hari ini.

Nik Zaris Nelydia Nik Sen, berkongsi satu gambar bersama seorang jejaka tanpa menunjukkan muka dengan tulisan 'Saya akan bertemu kamu di hari nikah esok', bagaikan menjawab persoalan mengenai hari bahagianya dengan jejaka yang hanya diperkenalkan sebagai Hafiz.

Nelydia sebelum ini turut berkongsi gambar cincin di laman Twitternya, sekali gus memberi bayangan dia sudah dilamar ahli perniagaan itu, tahun lalu.

Desas-desus itu diperkuatkan lagi apabila Nelydia hadir bersama Hafiz ketika meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza pada awal tahun ini.

Nelydia sebelum ini, memaklumkan dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga selepas kembali dari menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, Disember lalu.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tengku Mahkota Kelantan Bakal Disatukan Dengan Wanita Sweden

Posted: 06 Apr 2019 12:29 AM PDT


Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dikhabarkan bakal menlangsungkan perkahwinan pada 19 April ini yang akan disatukan bersama wanita warga Sweeden, Cik Sofie Louise Johansson.

Acara perkahwinan yang diadakan di Istana Balai Besar Kota Bharu itu diumumkan oleh Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan berkata bakal isteri bagindan merupakan kenalan lamanya.

"Sukacita saya dengan hormatnya menjunjung titah perintah Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan akan melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2018 di Istana Balai Besar.

"Yang Teramat Mulia juga bertitah agar cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan kebajikan Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang Tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah

"Baginda berharap agar sekalian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak dipermudahkan dan dirahmati Allah sehingga jannah," katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

JDT Rampas Takhta Liga - Berhadapan 8 Orang Pemain FELDA United

Posted: 05 Apr 2019 09:30 PM PDT

Gambar Kredit: JOHOR Southern Tigers

Nampaknya pasukan Johor Darul Ta'zim memastikan mereka mampu untuk merampas kembali takhta liga apabila menewaskan FELDA United 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Apa yang malang buat pasukan FELDA adalah apabila terpaksa bermain dengan lapan pemain di saat-saat akhir apabila Zahril Azri Zabri dilayangkan kad merah kerana mengasari Natxo Insa pada minit ke-60 selepas mengumpul dua kad kuning.

Seterusnya, Thiago Junior pula dilayangkan kad merah kerana melewatkan perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada minit ke-83. Ia kemudian disusuli pembuangan Hadin Azman empat minit selepas itu untuk menjadikan pelawat hanya tinggal lapan pemain.

Kesempatan itu kemudian digunakan sepenuhnya Gonzalo Cabrera menjaringkan gol pendahuluan tuan rumah.

Namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila pelawat bangkit menyamakan jaringan menerusi sepakan percuma Jocinei Schad pada minit ke-90.

Namun, Akhyar menceriakan kem JDT apabila menjaringkan gol kedua tidak lama selepas itu, sebelum diikuti jaringan Luis Santo bagi memastikan kemenangan tuan rumah pada masa kecederaan perlawanan untuk keputusan muktamad 3-1.

Kredit: Johor Southern Tigers


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Kerajaan Malaysia Tarik Diri Keputusan Terima Statut Rom

Posted: 05 Apr 2019 07:33 PM PDT


Kerajaan Malaysia kini telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah mendapati ada pihak cuba untuk membawa institusi Raja menentang kerajaan dan timbul kekeliruan di kalangan masyarakat.

Tun Mahathir juga menyatakan ada pihak yang menjadikan ia isu politik dan memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan.

Jadi, Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada Jun ini selepas ia ditandatangani pada 4 Mac lalu dan diserahkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari sama.

Perdana Menteri menegaskan, Statut Rom hanya memberi kesan kepada negara peserta yang melakukan diskriminasi atau pembersihan etnik di negara mereka.

"Tapi kita tak buat semua itu, kerajaan hari ini memastikan semua berkongsi kekayaan negara. Khabar angin kata, kalau kita tandatangan, kalau kita tak tarik balik (sertai Statut Rom), kita kena ikut negara luar, bukan begitu. Umpama kalau di Eropah, mereka percaya LGBT (lesbian, gay biseksual dan transgender) OK, (tapi) kita tak OK.

"Tapi kalau kita tembak mereka (golongan LGBT) atau letak dalam penjara dan buat perkara dahsyat serta tidak ambil tindakan menanganinya, kita akan dikenakan tindakan (berdasarkan Statut Rom) sebab tak buat apa-apa," katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Tinggal Bersama Keluarga Bukan Islam

Posted: 05 Apr 2019 04:27 PM PDT


Soalan:
Saya baru berkahwin dengan seorang wanita yang baru memeluk agama Islam. Saya kini tinggal bersama dengan keluarga isteri saya yang masih belum memeluk agama Islam. Mohon pandangan berkenaan status saya yang tinggal bersama dengan keluarga isteri saya.

Jawapan:
Ibu bapa merupakan dua insan yang wajib ditaati oleh anak-anak selagi mana mereka tidak menyeru kepada perkara-perkara maksiat. Anak-anak wajib berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka walaupun mereka tidak beriman dan menyeru kepada kekufuran. Hubungan ibu bapa dan anak-anak akan kekal walaupun berlainan agama. Allah SWT telah berfirman:

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا
"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku atas sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik." [Surah Luqman: 15]

Imam Ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: "Jika kedua orang tuamu memaksa kamu kepada agama mereka, maka janganlah kamu mengikutnya dan dalam pada masa yang sama ia tidaklah menjadi penghalang bagimu untuk berbakti kepada keduanya di dunia dengan cara yang baik. Ambillah iktibar daripada kisah Sa'ad bin Abi Waqqas yang berbakti kepada ibunya dan bagaimana cara penyelesaian yang dilakukan oleh Sa'ad yang penuh berhikmah sehingga akhirnya ia telah menyebabkan ibunya dapat menerimanya." [Lihat Tafsir al-Qur'an al-'Azim (6/402).]

عن أَسْمَاءُ بِنْتُ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَتْ أَتَتْنِي أُمِّي رَاغِبَةً فِي عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آصِلُهَا قَالَ نَعَمْ. قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِيهَا: لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Daripada Asma' binti Abu Bakar RA, dia telah berkata: "Ibuku telah datang kepadaku pada zaman Nabi SAW, dan aku telah bertanya Nabi SAW, adakah aku boleh menyambung silaturrahim dengan ibuku?" Nabi SAW menjawab: "Ya".  Telah berkata ibn Uyainah: Maka Allah telah menurunkan ayat kepadanya: "Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [Riwayat al-Bukhari (5978)]

Hukum Bekas Yang Digunakan oleh Orang Bukan Islam

Majoriti ulama' berpendapat bahawa hukum bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam adalah sama seperti hukum bekas yang digunakan oleh ahli kitab. [Rujuk Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/124)]

Dalam mazhab asy-Syafi'e, harus untuk menggunakan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam jika diyakini kesuciannya. Jika tidak diyakini kesuciannya, maka hukumnya adalah makruh menggunakannya sehinggalah dibasuh bekas tersebut. Ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW:

عن أَبُو ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال: قُلْتُ: يَا رَسُول اللَّهِ، إِنَّا بِأَرْضِ أَهْل كِتَابٍ، أَنَأْكُل فِي آنِيَتِهِمْ؟ فَقَال: لاَ تَأْكُلُوا فِي آنِيَتِهِمْ إِلاَّ إِنْ لَمْ تَجِدُوا عَنْهَا بُدًّا، فَاغْسِلُوهَا بِالْمَاءِ، ثُمَّ كُلُوا فِيهَا
Daripada Abu Tha'labah al-Khusyaniy RA, aku telah berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tinggal di negeri ahli Kitab, adakah boleh bagi kami untuk makan menggunakan bekas-bekas mereka?" Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu makan menggunakan bekas-bekas mereka kecuali jika tiada pilihan bagimu, maka basuhlah bekas-bekas tersebut dengan air, kemudian kamu makanlah menggunakan bekas tersebut." [Riwayat al-Bukhari (5496)]

Daripada hadith ini, asal kepada larangan Nabi SAW adalah haram dan dapat difahami bahawa larangan menggunakan bekas orang bukan Islam adalah ketika mana terdapat bekas lain yang boleh digunakan sebagai alternatif.

Namun di sana terdapat hadith sahih yang mana Nabi SAW pernah makan menggunakan bekas ahli kitab dan ayat Quran dalam surah al-Maidah (وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ) yang mana dapat difahami bahawa makanan ahli kitab dihasilkan oleh tangan-tangan mereka dan menggunakan bekas-bekas mereka. Oleh itu, larangan dalam hadith tersebut bukanlah membawa kepada haram, tetapi ia membawa kepada makruh. [Rujuk Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/123), Nihayah al-Muhtaj (1/127), al-Majmu' (1/263)]

Kesimpulan

Kami berpandangan bahawa tidak menjadi masalah untuk tinggal bersama dengan ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam, bahkan ia boleh dijadikan satu peluang dakwah yang terbuka luas untuk dimanfaatkan dengan menunjukkan contoh dan akhlak yang baik serta dapat memberi penerangan secara lansung mengenai Islam kepada ahli keluarga yang masih belum memeluk agama Islam. Allah SWT telah berfirman:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik." [Surah an-Nahl: 125]

Marilah kita mengambil pengajaran daripada sirah Nabi SAW yang terus berusaha menyampaikan dakwah kepada bapa saudara Baginda, Abu Talib sehingga ke saat-saat akhir usianya. Baginda tidak jemu berdakwah walaupun akhirnya Allah SWT mentakdirkan bapa saudara Baginda tidak mati di dalam Islam.

Mengenai makanan dan minuman, kami menasihatkan agar tidak mengambil makanan yang dilarang dalam Islam seperti daging khinzir, arak dan sembelihan yang tidak syar'ie, namun ia bukanlah bermakna kita tidak boleh duduk makan bersama dengan ahli keluarga kita lain yang bukan Islam. Carilah alternatif yang sesuai untuk kita mampu kekal duduk bersama mereka tanpa sebarang rasa kekok.

Mengenai bekas yang digunakan oleh ahli keluarga yang bukan Islam, harus digunakan bekas tersebut jika diyakini bersih. Jika tidak mendatangkan fitnah dan syak wasangka di kalangan ahli keluarga lain, adalah lebih baik untuk membasuh bekas-bekas tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Namun begitu, kami ingin menasihatkan agar diusahakan untuk berpindah ke tempat lain jika berpeluang berbuat demikian di samping berterusan menjaga silaturrahim dengan ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam. Ini lebih memberi ketenangan dan keselesaan dalam mengamalkan seluruh ajaran Islam tanpa sebarang halangan.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.


+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan