Monday, October 16, 2017

BeautifulNara: Joy Revfa Menyusahkan Saya Selepas Bernikah, Ingkar Perintah Suami- Hafiz Hamidun

BeautifulNara
 
Joy Revfa Menyusahkan Saya Selepas Bernikah, Ingkar Perintah Suami- Hafiz Hamidun
Oct 15th 2017, 18:30, by Bella

Mungkin ada yang dah bosan kenapa kisah penceraian Hafiz Hamidun dan Joy Revfa masih lagi hangat diperkatakan. Namun, kami tahu ramai juga yang ingin tahu perkembangan kes mereka kan?

Sebelum ini kita sudah mengetahui Hafiz nekad untuk berpisah begitu juga dengan Joy yang mengakui dirinya sudah serik dan tawar hati untuk hidup bersama Hafiz.

Terbaru, Hafiz menerusi protal Media Hiburan membuat satu pengakuan yang agak panas dengan dakwaan mengatakan Joy sering mengingkarinya dan turut menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami di media sosial.

Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya selesai 10 Oktober lalu.

Hafiz juga memberitahu beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap Joy sekiranya wanita itu masih lagi mengeluarkan kenyataan tidak benar serta berunsur negatif terhadap dirinya.

Sumber Berita : Media Hiburan

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.