Wednesday, November 15, 2017

Azizan Osman International: 3 Cara Mudah Tingkatkan Keyakinan Dan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Produk Anda.

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
3 Cara Mudah Tingkatkan Keyakinan Dan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Produk Anda.
Nov 15th 2017, 03:17, by Team Richworks

Pelanggan yang setia dan yakin bererti anda memiliki peluang tinggi untuk dapatkan repeat business, dan juga marketing percuma dari mereka melalui sebaran mulut ke mulut. Tapi, untuk membina dan menjaga kesetiaan itu memerlukan beberapa trik dan tips yang beul. Antaranya;

1) Cipta hubungan baik antara anda dan setiap seorang pelanggan anda

Buat mereka yakin mereka adalah sebahagian dari anda. Ambil tahu mengenai kehidupan personal mereka serba sedikit. Tunjuk bahawa anda ambil berat. Untuk situasi ini, sediakan satu team khas yang menjaga hubungan dengan pelanggan. Jika anda sudah baik dengan pelanggan, mereka akan dengan mudah dapat berikan maklum balas yang membina dan memberikan referral percuma.

2) Sediakan konten yang sesuai dengan segmen pelanggan yang dimahukan

Kini google search SEO tak lagi terpakai untuk mereka yang menggunakan kata kunci popular semata tapi lebih pada apa konten yang mereka beri dan kesesuaiannya dengan segmen pelanggan yang mereka cari. Kata mudahnya, sediakan apa yang target prospek anda mahukan.

3) Ikut peraturan

"Golden Rule" – layan pelanggan anda sebagaimana anda mahu dilayan, dan "Platinum Rule" – berkomunikasi dengan pelangan mengikut cara yang anda mahukan. Jika mereka hubungi anda melalui media sosial, follow up dengan media sosial. Jika emel, gunakan emel. Jika whatsapp, guna whatsapp untuk berkomunikasi. Pastikan medium komunikasi sentiasa dikemaskini dan berterusan

Pokok pangkalnya, ambil berat, ambil kisah dan sentiasa berkomunikasi bersama pelanggan. Jangan buat mereka rasa mereka hanyalah tempat untuk anda mengaut untung, tapi jadikan mereka rasa mereka mampu dapat suatu penyelesaian masalah dari pihak anda. Berikan mereka nilai dan anda akan dapat lebih banyak nilai dari mereka.

The post 3 Cara Mudah Tingkatkan Keyakinan Dan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Produk Anda. appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.