Thursday, November 16, 2017

BeautifulNara: Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Tidak Terima Permohonan Nikah Fattah Dan Fazura

BeautifulNara
 
Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Tidak Terima Permohonan Nikah Fattah Dan Fazura
Nov 16th 2017, 05:14, by Bella

Spekulasi pertunangan serta pernikahan Fattah Amin dan Fazura masih lagi menjadi teka-teki. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan sidang media khas yang bakal diadakan oleh Fattzura pada 23 November ini untuk merungkai segala persoalan dan isu tentang hubungan mereka berdua. Adakah benar-benar bercinta atau sebaliknya?

Terbaru, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling (PAID) memberitahu pihak mereka tidak menerima permohonan pernikahan dari Fattah dan Fazura. Untuk makluman pembaca,  pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan perlu mengemukan permohonan kepada pejabat agama Islam daerah di tempat tinggal mereka.

Sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka. Kita pun ada dengar mengenainya (spekulasi kedua-dua pelakon itu bernikah) namun setakat ini tiada apa-apa permohonan lagi.

Dalam pada itu, pengurus Fattah iaitu Acha mengesahkan majlis tertutup yang berlangsung di kediaman nenek Fazura, sebenarnya adalah kenduri dan doa selamat  sempena dengan keberangkatan pasangan ini bersama keluarga ke Makkah semalam bagi mengerjakan umrah.

Sumber Berita : Harian Metro

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.