Thursday, February 15, 2018

BeautifulNara: Bukan Gimik, Satu Kerja Pula Pengurus Pentas Kena Jaga Iqram Cuba Naik Atas Pentas Berkali-Kali- Penerbit AJL

BeautifulNara
 
Bukan Gimik, Satu Kerja Pula Pengurus Pentas Kena Jaga Iqram Cuba Naik Atas Pentas Berkali-Kali- Penerbit AJL
Feb 15th 2018, 02:02, by Bella

Persembahan Altimet menerusi lagu Amboi pada malam AJL 32 tidak dinafikan begitu meriah sekali.  Namun, seperti yang anda tahu, Altimet merasa bengang kerana Iqram Dinzly dikatakan cuba ceroboh persembahannya. Jika perkara itu berlaku, ia tentu sekali akan mendatangkan pelbagai kecacatan bukan sahaja pada persembahan Altimet tetapi menjejaskan imej anugerah berprestij  AJL 32 yang bersiaran secara langsung.

Mungkin ada yang anggap kehadiran Iqram adalah gimik semata-mata. Walaubagaimanapun Penerbit AJL, Nurhul Huda Khalid  menafikan dakwaan itu. Menurut beliau, produksi TV3 terkejut apabila Iqram beberapa kali cuba untuk naik ke atas pentas dan mengganggu persembahan peserta yang bertanding.

Kehadiran Iqram bukan dalam perancangan kami atau sengaja kami buat gimik. Saya sendiri terkejut selepas diberitahu oleh pihak pengurus pentas bahawa dia cuba naik ketika persembahan Altimet tapi berjaya dihalang kerana perkara itu dikhuatiri menjejaskan pertandingan. Satu kerja pula dia (pengurus pentas) kena jaga Iqram sepanjang persembahan Altimet itu untuk memastikan hasratnya naik pentas dapat dielakkan.

Setelah beberapa kali mencuba akhirnya Iqram berjaya meloloskan diri naik ke atas pentas dan menari  ketika Hael Husaini menyanyi untuk persembahan akhir. Saat itu, Nurul Huda akui pihaknya terlalu sibuk dan terlepas pandang mengenai perkara itu. Mujurlah Iqram tidak mengganggu fokus penyanyi tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.