Thursday, February 15, 2018

BeautifulNara: Umie Aida Syukur Dapat Rasa Nikmat Mengandung Walaupun Hanya Dalam Mimpi

BeautifulNara
 
Umie Aida Syukur Dapat Rasa Nikmat Mengandung Walaupun Hanya Dalam Mimpi
Feb 15th 2018, 04:51, by Bella

Umum mengetahui pelakon terkenal Datin Umie Aida sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk hamil. Iyalah, setiap wanita pasti mempunyai hasrat untuk bergelar ibu dan menikmati sendiri saat –saat indah ketika mengandung dan melahirkan zuriat sendiri.

Terbaru, Umie menerusi akaun Twitternya menyentuh hati netizen apabila berkongsi betapa beliau merasa syukur kerana dapat merasai nikmat mengandung walaupun hanya dalam mimpi.

Rata-rata netizen mendoakan agar satu hari nanti mimpi Umie itu akan menjadi kenyataan. Kata orang, perancangan Allah SWT itu tiada siapa yang tahu.

Untuk pengetahuan anda, Umie ada mengambil dua orang anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdauz dan Mohd Dzulhelmy sebelum beliau berkahwin dengan suaminya, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.