Thursday, February 15, 2018

BeautifulNara: Ibu Bapa Sajat Bersumpah Anaknya Seorang Khunsa – JAKIM

BeautifulNara
 
Ibu Bapa Sajat Bersumpah Anaknya Seorang Khunsa – JAKIM
Feb 15th 2018, 13:14, by serenity

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai isu identiti usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sebelum ini, JAKIM membuat pendedahan proses pengesahan jantina Sajat mungkin mengambil masa lebih lama kerana terdapat pihak ketiga yang menghalang ujian perubatan dilakukan bagi mengesahkan jantinanya secara rasmi.

Sajat telah memberi reaksi bahawa dia telah memberitahu JAKIM jantinanya yang sebenar.

mStar Online melaporkan, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata,  JAKIMdimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.

Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa.

Bagaimanapun, pengesahan secara rasmi memerlukan ujian yang dibuat oleh pakar perubatan yang berautoriti.

Disebabkan itu, JAKIM meminta Sajat menjalankan ujian dengan pakar perubatan untuk memperjelaskan identitinya. Walaupun telah bersetuju, Sajat membatalkan ujian tersebut:

Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat.

Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri.

Nur Sajat yang pernah beberapa kali menyertai pertandingan ratu cantik transgender di Thailand itu bagaimanapun ketika dihubungi, enggan mendedahkan siapa ‘pihak ketiga’ yang dimaksudkan oleh JAKIM. – beautifulnara.com

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.