Thursday, February 15, 2018

BeautifulNara: Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Sudah Putus Tunang?

BeautifulNara
 
Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Sudah Putus Tunang?
Feb 15th 2018, 12:31, by Bella

Tindakan Sufian Suhaimi yang memuat naik luahan hati dirinya sedih dan sukar untuk melepaskan orang tersayang menimbulkan pelbagai tanda-tanya serta spekulasi tentang status pertunangan beliau bersama Elfira.

Malah, ada netizen mendakwa mereka sebenarnya sudah putus tunang minggu lalu dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan berita tersebut.

Difahamkan, Sufian juga sudah menukar nombor telefon peribadinya kerana tidak mahu diganggu dengan pelbagai soalan tentang pertunangannya itu.

Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk bernikah sekitar bulan Mac ini. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai  perkahwinan mereka.

Sumber Berita : mStar Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.