Monday, June 4, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Semua Model Honda Hadapi Penurunan Harga Sempena Kadar Sifar GST

Posted: 03 Jun 2018 01:06 AM PDT


Bersempena dengan kadar sifar GST yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2018 tempoh hari, Honda Malaysia Sdn. Bhd. bakal mengurangkan harga jualan untuk semua model kenderaan mereka.

Bersempena dengan sifar GST, pelanggan boleh menikmati kadar harga yang lebih murah sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula. Selain itu, pelanggan yang membeli model Honda tertentu bakal menerima ganjaran terhad.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toichi Ishiyama memberitahu bahawa harga model pemasangan tempatan (CKD) seperti City, City Hybrid, Jass, BR-V, CR-V dan Accord akan dikurangkan antara 4M4,088 hingga RM9,573 sebuah manakala untuk model kenderaan import sepenuhnya Odyssey akan dikurangkan dengan RM14,363 dan Civic Type R RM18,072 sebuah.


Selain itu, alat ganti beserta servis turut tidak akan dikenakan GST bermula 1 Jun lepas.

Oh! Media : Meriahlah raya tahun ni bila dapat bawa kereta impian.

Lebih 400,000 Unit Habis Terjual Dalam 6 Bulan, Apa Yang Buat Huawei Nova 2i Hebat Sangat?

Posted: 02 Jun 2018 12:46 PM PDT


Kalau bukan kita sendiri yang pakai, mesti kita ada kawan atau keluarga yang gunakan Huawei Nova Series samaada Nova 2i atau Nova 2 Lite sebagai smartphone utama kan? Memang tak hairan bagaimana mid-range phone seperti Huawei Nova Series ini mampu mengubah industri smartphones bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja, lebih 400,000 unit Huawei Nova 2i habis terjual setakat ini. Huawei Nova 2i cuma berharga RM999 manakala Huawei Nova 2 Lite lebih murah lagi iaitu cuma RM799 sahaja.

Dilengkapi dengan dwi-kamera, memang tak masuk akal ianya boleh dijual pada harga serendah itu. Tapi itulah kesan positif yang dibawakan Huawei ke dalam industri telefon pintar di seluruh dunia.


ANTARA HUAWEI NOVA 2i, OPPO F7, DAN VIVO V9 MANA PALING BERBALOI?

Ramai yang nak beli smartphones peringkat pertengahan ni akan bezakan antara tiga phone yang paling popular ketika ini iaitu Huawei Nova 2i, Oppo F7, dan Vivo V9. Sejujurnya pada Ohmedia, Huawei Nova 2i merupakan pilihan yang terbaik dan paling berbaloi.

Antara faktor utamanya kerana Huawei Nova 2i dilengkapi dengan 4 kamera iaitu 2 pada bahagian depan (13+2mp) dan 2 lagi pada bahagian belakang (16+2mp) sehinggakan pernah viral seluruh dunia menjadi smartphone pertama yang dilengkapi sehingga 4 kamera.

Dikuasakan dengan pemprosesan Huawei HiSilicon KIRIN 659, ruang storan sehingga 64GB, serta sokongan sebanyak 4GB RAM, Huawei Nova 2i sememangnya mampu menjalankan apa sahaja perkara dengan sangat lancar.

Video Hannah Delisha di bawah ni menunjukkan bagaimana beliau menggunakan Huawei Nova 2i untuk melakukan macam-macam perkara yang menarik.







Sempena musim raya ni juga, korang yang beli salah-satu dari Huawei Nova Series ni berpeluang untuk menang hadiah bernilai hingga RM100,000 melalui cabutan bertuah. Antara hadiah yang menunggu adalah pakej percutian 4 hari 3 malam di Tokyo Disneyland, 4 Hari 3 Malam di Club Med Bali, dan baucer tunai RM200. Mana tahu ni korang punya tuah dah dekat nak raya ni.


Jadi kalau bajet smartphones korang di bawah RM1,000 tentunya tak perlulah nak tengok yang lain kerana Huawei Nova 2i ataupun Huawei Nova Lite adalah yang terbaik setakat ini di dalam pasaran.


Huawei Nova 2i boleh dibeli secara online di VMALL.MY.