Sunday, September 30, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Ikat Jamin RM3.5 Juta Selesai Dibayar

Posted: 29 Sep 2018 03:12 AM PDT



Datuk Seri Najib Razak, akhirnya selesai membayar keseluruhan ikat jamin berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen sebaik didakwa atas 25 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

"Bayaran yang dibuat adalah daripada baki tabung derma yang dibuka Julai lalu dan pinjaman kawan-kawan serta akaun peribadinya di Affin Bank yang digunakan untuk pembayaran gaji dan pencen beliau selepas berkhidmat bertahun-tahun dalam kerajaan," kata Muhammad Farhan, peguam Najib Razak.

Lebih 50 Juta Akaun Facebook Digodam

Posted: 29 Sep 2018 01:05 AM PDT


Melalui laporan terbaru Facebook, sebanyak 50 juta akaun Facebook telah menjadi mangsa penggodam dari Taiwan baru-baru ini.

Kesan dari itu,  ia membuatkan saham Facebook jatuh 3% berikutan kurangnya kepercayaan pelabur terhadap platform media sosial ini.

pihak penggodam turut mengatakan mereka mampu untuk membuang page Facebook Mark Zuckerberg.

Walaubagaimanapun, mereka tidak meneruskannya bagi mendapat ganjaran yang lumayan daripada Facebook berikutan pemberitahuan bug laman media sosial tersebut.

Setakat ini, pihak Facebook masih belum mengenal pasti apakah data yang berjaya diperoleh oleh pihak penggodam.

Masalah Di Palestin Hanya Dapat Diselesaikan Dengan Iktiraf Palestin Dan Hentikan Israel

Posted: 28 Sep 2018 10:43 PM PDT


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata ancaman keganasan dihadapi dunia tidak akan berakhir sehinggalah akar kepada permasalahan itu ditemui dan dihapuskan. Ini merupakan ucapan penuh Tun Dr Mahathir.

"Peperangan melawan pengganas pada masa ini tidak akan berakhir sehinggalah akar kepada permasalahan itu ditemui, dihapuskan, dan hati serta minda rakyat dimenangi.

"Apa punca sebenar kepada masalah-masalah ini? Pada 1948, tanah penduduk Palestin dirampas untuk membentuk negara Israel.

"Rakyat Palestin dibunuh beramai-ramai dan dipaksa meninggalkan tanah mereka. Ladang-ladang dan rumah-rumah mereka dirampas," kata Perdana Menteri semasa sesi perbahasan am Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 dengan tema "Menjadikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Relevan Kepada Semua: Kepemimpinan Global dan Perkongsian Tanggungjawab Untuk Masyarakat yang aman, Saksama dan Lestari".

Dr Mahathir berkata, rakyat Palestin cuba melawan melalui perang konvensional dengan bantuan jiran-jiran yang bersimpati dengan mereka, namun rakan sekutu Israel akan memastikan cubaan itu gagal, dan mengakibatkan lebih banyak tanah Palestin dirampas, dan lebih banyak penempatan rakyat Israel dibina, sementara penduduk Palestin dihalang daripada memasuki penempatan itu yang dibina di atas tanah mereka.


"Rakyat Palestin pada mulanya cuba berlawan dengan lastik dan batu-batu. Mereka ditembak menggunakan peluru hidup dan ditangkap. Beribu-ribu dipenjarakan.

"Kecewa dan marah, tidak mampu berlawan dalam peperangan konvensional, rakyat Palestin mengambil jalan dengan apa yang kita panggil sebagai keganasan," katanya.

"Dunia tidak peduli pun apabila Israel mencabuli undang-undang antarabangsa, merampas kapal-kapal yang membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa. Rakyat Palestin cuba melancarkan roket-roket tetapi tidak memberi berkesan dan tidak mencederakan sesiapa.

"Tetapi tindak balas secara besar-besaran dilakukan Israel, dengan melancarkan bom roket dan mengebom hospital-hospital, sekolah dan bangunan-bangunan lain, membunuh orang awam yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak sekolah dan pesakit-pesakit di hospital dan ramai lagi," katanya.

Beliau berkata bukan sahaja dunia gagal menghentikan tindakan Israel itu, tetapi menghargai mereka dengan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Berilah rakyat Palestin peluang untuk kembali menuntut semula tanah air mereka. Biarkan wujudnya negara Palestin. Biarlah wujud keadilan dan kedaulatan undang-undang. Memerangi mereka tidak akan menamatkan keganasan. Juga tidak mungkin dapat menghapuskan keganasan.

"Kita perlu mengingatkan diri kita bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seperti juga Liga Bangsa-Bangsa sebelum ini, ditubuhkan dengan niat murni untuk mengakhiri peperangan antara negara-negara," kata Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata: "Ada yang tidak kena dengan cara kita berfikir, dengan nilai-nilai kita apabila mematikan seseorang dianggap membunuh tetapi mematikan berjuta-juta orang anda menjadi wira, dan sebahagian daripada kita percaya bahawa konflik antara negara-negara dapat diselesaikan dengan peperangan".

Sumber: Sinar

Suaranya Terdengar Hingga ke Parsi

Posted: 28 Sep 2018 04:59 PM PDT


Dikisahkan bahawa Umar bin Khattab radhiallahu 'anhu mengangkat Sariyah bin Zunaim al-Khalji sebagai pemimpin salah satu angkatan perang kaum muslimin untuk menyerang Parsi. Di Gerbang Nahawand, Sariyah dan pasukannya terdesak kerana jumlah pasukan musuh yang sangat banyak, sehingga pasukan muslim hampir kalah. Sementara di Madinah, Umar naik ke atas mimbar dan berkhutbah.

Di tengah-tengah khutbahnya, Umar berseru dengan suara lantang: "Hai Sariyah, berlindunglah ke gunung. Barangsiapa menyuruh serigala untuk menggembalakan kambing, maka dia telah berlaku zalim!" Allah membuat Sariyah dan seluruh pasukannya yang ada di Gerbang Nahawand dapat mendengar suara Umar di Madinah. Maka pasukan muslimin berlindung ke gunung, dan berkata: "Itu suara Khalifah Umar." Akhirnya mereka selamat dan memperoleh kemenangan.

Al Taj al-Subki menjelaskan bahawa ayahnya (Taqiyuddin al-Subki) menambahkan: Pada saat itu, Ali radhiallahu 'anhu menghadiri khutbah Umar lalu dia ditanya: "Apa maksud perkataan Khalifah Umar itu, dan di mana Sariyah sekarang?" Ali menjawab: "Doakan saja Sariyah. Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya." Dan setelah kejadian yang dialami Sariyah dan pasukannya diketahui umat muslimin di Madinah, maksud perkataan Umar di tengah-tengah khutbahnya tersebut menjadi jelas.


Dipetik dari: Thabaqat Al Munawi Al Qubra dan Jami' Karamat Al Auliya'