Thursday, November 16, 2017

GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia: “Saya gagal beli rumah sebab buat 4 kesilapan ini” – Adam

GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
"Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia" 
"Saya gagal beli rumah sebab buat 4 kesilapan ini" – Adam
Nov 15th 2017, 17:46, by Tok Penghulu

Bukan semua anak muda tak pasang niat membeli rumah seawal mungkin.

Cuma, ramai lagi yang fikir nak layan nafsu dulu. Masa belajar tak mampu sebab duit belanja limited, cukup-cukup makan untuk survive je.

Sekarang dah bekerja, macam-macam benda nak dibeli. Yang tak tahan, tiap-tiap bulan wajib berbelanja tak ingat dunia.

Akhirnya, simpanan entah ke mana, rumah entah ke mana.

Anak muda, Tok wajibkan korang hadam perkongsian padu Tuan Syahrizat Mohd Halid ni elok-elok.

Dah bekerja : Masa terbaik untuk balas dendam? 

AWAS : Entri hari ini agak panjang. Kalau korang graduan atau baru berkerja kurang 5 tahun, korang wajib tahu perkara ini.

Semestinya lepas korang baru saja graduate, macam-macam dendam kesumat nafsu nak beli itu ini akan muncul.

Kalau dulu nak beli gajet, nak beli kereta, nak macam-macam, sekarang ni la masanya untuk dapatkan semua tu. Dah bergaji, kan?

Nanti dulu. Cuba belajar daripada kesilapan Adam. Lihat apakah bentuk kesilapan yang dia buat sehingga gagal beli rumah, walaupun bergaji cun.

Sebab #1 : Tak salah beli kereta. Tapi akibat beli kereta yang salah…

Selepas graduasi, memiliki kereta pasti idaman ramai graduan. Kebiasaannya kereta menjadi ukuran kejayaan oleh ibu-bapa, malah kawan kawan seuniversiti dulu.

Memang ada saja ibu bapa yang meletakan kereta sebagai tanda aras kejayaan anak mereka.

"Kau tengok Tijah, Alhamdulillah, anak Jenab tu dah ada Hondu Cibik sebijik. Kerja dia mesti ok. Gaji pun mesti besar"

Berikut contoh yang mudah untuk korang hadam,

Adam, selepas graduasi beliau rasa penting membeli sebiji kereta untuk mudahkan dia transport untuk berkerja. Dengan gaji RM4,000, dia fikir Hondu Cibik sesuai untuknya, dan dia pun beli kereta tersebut.

Setelah memakai, maka barulah dia sedar berikut adalah kos dia terpaksa tanggung sepanjang dia memiliki kereta tersebut :

  • Installment bulanan kereta adalah RM1,200,
  • Purata selengara kereta RM300 untuk 2 bulan, iaitu RM150 sebulan,
  • Petrol bulanan RM500 ke RM600.

Ini bermakna, jumlah dia harus belanja adalah RM1,800 sebulan. Sedangkan gaji bersih Adam hanya RM3,400 selepas tolak SOCSO dan KWSP.

Punca utama Adam tak layak beli rumah

Maka baki di tangan Adam hanya tinggal RM1,600 dan ini belum termasuk perancangan untuk berkahwin dan belanja awek main boling dan tengok wayang. Juga simpanan nak beli rumah.

Jika kita kirakan, berapa anggaran baki yang mampu Adam simpan?

Kesan terbesarnya dari kisah di atas adalah hutang kereta selama tempoh 9 tahun. Jika takde kenaikan gaji, maka selama 9 tahun itulah gaji Adam akan stagnant dan tak berubah.

Akhir kata, membeli kereta tak berdosa.

Tapi kesilapan dan cara kita memilih kereta yang sesuai dengan bajet adalah punca ia menjadi dosa besar dalam usaha terus memiliki hartanah.

Sebab #2 : Langsung tak buat bajet dan menyimpan

Ramai kurang sedar tentang perancangan awal atau bajet. Ini perkara wajib kita buat sebelum melangkah untuk membeli.

Dan paling selalu berlaku adalah :

"Belanja puas-puas dulu, baru menyimpan"

Itulah punca setiap masa ada saja emergency sebagai alasan untuk guna duit tu.

Baiklah, ada bagusnya kita mula fahamkan perkara ini :

  • Berapa peratus untuk tabung simpan?
  • Berapa peratus untuk tabung kereta?
  • Berapa peratus untuk tabung melancong?
  • Berapa peratus untuk tabung duit kahwin?

Saya mudahkan dahulu kepada perkara berikut :

  • Bajet Kategori #1

1/3 untuk simpanan dan pelaburan.

  • Bajet Kategori #2

1/3 untuk bayaran hutang pinjaman.

  • Bajet Kategori #3

1/3 untuk keperluan atau tuntutan semasa.

Lebih besar kereta,  lebih kecil simpanan kita

Jika korang faham, bajet kategori #2 kita hanya ada lebih kurang 33% saja.

Ini bermaksud, ia termasuk hutang hutang seperti pinjaman kereta, pinjaman rumah dan mungkin termasuk PTPTN. Maka lagi besar kereta, lagi kecil bahagian untuk perumahan.

Ada yang tanya :

"Bagaimana jika saya buat ASB Financing?"

Jika tanya saya, akan letakkan dalam bajet kategori #1 iaitu force saving.

Dalam banyak kes saya bertemu sahabat hartanah, kebanyakan mereka gagal kumpul wang deposit. Sangat selalu berlaku kenaikan harga yang juga akan menyukarkan mereka.

Katakan, nak beli rumah RM250,000.

Maka deposit dan kos legal anggaran adalah 15%. Jadi, bagaimana kita mampu sediakannya, jika dengan hanya menyimpan RM300 sebulan. Setahun baru ada RM3,600 saja.

Dah tentu takkan cukup.

Sebab #3 : "Muda lagi kot. Dah nak 30 nanti, baru aku beli rumah"

Membeli hartanah memang bukan mudah. Lebih-lebih lagi jika kita tak merancang.

Secara jujurnya, takde beza langsung jika korang menyewa atau duduk kuarters, atau duduk rumah mak ayah atau beli sendiri.

Namun, fakta ini adalah faktor utama. Jika korang pandai merancang untuk berkahwin, maka, korang juga harus pandai merancang miliki hartanah seawal muda.

Kenapa?

Sebelum saya menjawab, sekali lagi saya mohon maaf untuk berbicara perkara benar.

Perbezaan terbesar hidup menyewa atau memiliki sendiri adalah setelah korang dan mungkin pasangan korang meninggal dunia.

Ini perkara yang saya selalu fikirkan. Ke mana waris korang akan pergi? Lagi-lagi jika anak-anak pun masih kecil. Sekurang-kurangnya mereka ada tempat untuk berlindung.

Berberapa perkara lain korang harus faham adalah lagi muda korang beli hartanah, lagi murah premium insurannya. Tak kira la MRTA atau MRRT, atau apa pun jenis polisi yang korang ambil.

Dan itulah punca, mengapa korang harus mula membeli rumah seawal muda.

Sebab #4 : Selagi tak buat ini, hidup tak berkat?

Saya banyak lihat contoh dan dari pemerhatian saya, ramai yang hidup mereka tak senang sebab mereka gagal lakukan perkara ini.

Ibu bapa kita sebenarnya takde gantinya. Apabila mereka takde lagi di dunia ini, maka takde lagi kelibat mereka. Putuslah doa mereka terhadap kita.

Saya suka mengingatkan diri saya juga sahabat-sahabat saya, untuk tak mengabai mereka.

Hulur-hulur la walaupun sedikit pada kadar kita mampu. Supaya korang dapat keberkatan dari rezeki yang korang terima.

Jangan kata kita tak mampu dan tak cukup, kalau rokok masih di jari dan asap rokok masih berkepulan.

Percaya la, sedikit yang korang bagi, pasti kerberkatan doa mereka jauh lebih besar dan lebih bermakna untuk kita.

Jom kita doakan, agar setiap hari ibu bapa kita, Allah sentiasa pelihara. Dan bagi ibu bapa yang dah bertemu Ilahi, sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk mereka setiap hari.

Betul, umur korang masih muda. Tapi itu bukan alasan mutlak untuk korang tak beli rumah seawal mungkin.

Elakkan diri daripada jadi mesin penjana alasan. Bertindak sekarang juga kalau tak nak menyesal di kemudian hari.

Silakan SHARE perkongsian ini kat kawan dan kenalan korang yang dah nak graduate. Sedarkan mereka awal-awal supaya tak terjebak dengan benda-benda lagha.

The post "Saya gagal beli rumah sebab buat 4 kesilapan ini" – Adam appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.